Assalamualaikum Warahmatullah
Hari ni dah masuk hari yang ke 5 berpuasa di kampung halaman. Ceh, macam lah sebelum ni puasa dekat negara orang nun jauh disana. Haha : D Walhal banyak perbezaanya kalau puasa dekat sini dan dekat sana (merujuk kepada Penang) Bukan apa, rindu sangat berbuka & bersahur dengan keluarga. Merasa masakan emak yang paling penting. Tahun ni merasa lah juga buka puasa dengan emak & ayah sebab yang lain semua duduk jauh2.
Kalau dekat Penang masa zaman bujang dengan kawan2, tinggal tunjuk aje makanan mana nak beli time berbuka puasa. Oh, memang tak dapat nak save duit masa tu. Lepas makan masing2 buat hal sendiri. Ang nak pi solat terawih dekat surau ka, ang nak tadarus al - Quran ka, ang nak tidoq atau nak main mercun/laptop lantak pi kat ang lah. Masa tu terpaksa berlawan dengan nafsu. Time tu pentingnya pilih kawan. Kadang tu kawan berperanan penting juga dalam menegur kalau kita sedang lalai.
Malam tu agak2 pukul 11-12 macam tu kami dah memulakan misi memasak nasi goreng. Memang nasi goreng lah sajian kami semua bersahur. Takpun nasi putih dengan lauk sardin/ telur goreng. Habis simple dah ni. Time masak tu ada yang potong sayur, buang taik ikan bilis, basuh beras & lain2. Ada satu malam tu tengah aku tumbuk bawang, tiba2 jiran ketuk tingkap kuat2. Ini kes apa pulak? Nak menyakat ke apa? Masing - masing terus senyap. Aku pulak berhenti menumbuk bawang. Bila jiran tak ketuk dah, aku teruskan misi menumbuk. Sekali lagi jiran ketuk tingkap rumah kami kuat2. Kami terpaksa menghentikan misi memasak nasi goreng sekejap. Masing2 saling tengok muka kawan2 yang lain. Tiba2 barulah aku terperasan yang aku tumbuk bawang tak lapik kain, itu yang menganggu jiran tidur. Haha : D Maafkan kami wahai jiran.
Sepanjang 3 tahun pengalaman berpuasa dekat Penang memang macam pengalaman dapat. Paling tak best sekali bila dapat practical shift petang dekat hospital. Bukan apa, dengan terkejar - kejar masa nak buka puasa, bagi ubat dekat pesakit tepat pukul 8 pm, nak pulun solat maghrib lagi. Adeh, memang terburu - buru kejar masa tu. Itu pun kalau kena clinical instructer (CI) yang melayu kira ok lah dapat extra time berbuka & dorang memahami. Ini kena yang kaum lain memang susah sikit. Yang best sikit tu time pegi bazar ramadhan sebab nak beli makanan. Rambang mata. Masa tu aku tak kenal lagi apa itu "AKOK"
Alhamdulillah, tahun ni dapat solat terawih dekat masjid, tapi agak mencabar lah bagi aku. Eh, bukan bagi aku aje, tapi untuk yang memahami masalah ni juga. Bukan apa, yang jadi masalahnya bila menegur mak cik - mak cik untuk luruskan saff dan rapatkan saff masa nak solat. Kalau tak penuhkan saff tu jadi putus la. Kan kurang pahalanya nanti. Tak pasal2 aku kena tenung bagai nak dimakan oleh setiap mak cik yang aku tegur. Kadang tu bila ditegur masing2 buat tak tahu & tak kisah. Itu baru satu hal. Belum lagi nak menegur yang dok "pok pet pok pet" membincangkan juadah berbuka puasa, langsir baru, baju raya, bubur lambok dan bunyi mercun lagi masa imam bagi tazkirah.
Argh, sampai disini sahaja sy membebel.
Dikesempatan ini saya nak mengingatkan diri saya yang pelupa dan mak cik2 yang sy hormati agar mengambil iktibar sekirannya ada orang yang menegur kita.
Sekian takzirah dari saya : )
Sila click pada gambar utk zoom yg lebih jelas.
Untuk para mak cik
: )
Terima lah lukisan yang sy lukis utk diambil iktibar.
Berpeluh - peluh sy melukis tau
(Abaikan susunan tatabahasa yg tak berapa betui)
Sayyidusshuhada
5 Ramadhan 1433 H
2 comments:
salam farhanah. berpuasa cam mana ok ka/
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/07/buku-syamail-muhammadiyah.html
Waalaikumsalam.
Alhamdulillah, puasa OK aje. Yang KO tuannya aje.
Terima kasih untuk link tu : )
Post a Comment