Assalamualaikum Warahmatullah
Baru sahaja mendapat panggilan dari seorang sahabat yang aku anggapnya sebagai seorang kakak, Rashidah. Terkedu seketika mendapat panggilan darinya yang menyatakan bahawa kami 100% lulus dalam Nursing Board Exam (NBE) Syukur alhamdulillah kerana nikmat rasanya bila usaha membuahkan hasil. Mana taknya kami berdua selalu ke laut menjawab soalan last year bersama - sama. Lepas tu sarapan di kedai, roti telur & teh ais adalah menjadi kewajipan untuk santapan kami dipagi hari : )
Harapan aku cuma supaya hati ini bekerja kerana Allah. Risau jugak bila result dah keluar, cuma menunggu surat lapor diri ke hospital.
Kami sedia membantu
: )
P/s: Semangat aih taruh logo KKM! : D
Sayyidusshuhada
3 Syaaban 1433 H
. . . . . . .
No comments:
Post a Comment