Assalamualaikum Warahmatullah
Alhamdulillah,
semoga bibir ini tidak pernah lekang untuk mengucapkan syukur kepada Allah dengan segala nikmat yang diberi. Selalu aku menasihati diri ini untuk berfikir ke arah positif terhadap ujian yang telah datang & ujian yang bakal mendatang. Terkadang aku fikir dunia ini tidak adil dan kejam. Kenapa terlalu banyak dugaan & ujian terhadap diri ini? Lalu terfikir kenapa diri ini dilahirkan ke dunia. Setiap hari aku mencari - cari jawapan tersebut, sehingga lah hari ini aku temui jawapan itu. Jawapan yang tersirat dari Dia.
Aku bersyukur kepada Allah atas pertemuan aku dengan mereka. Aku belajar apa erti persahabatan dimana di dalamnya aku mengenal erti kekuatan, erti ketabahan, erti kasih sayang, erti ketakutan, erti kesedihan dan erti kesusahan. Betapa peritnya rasa keseorangan bukan kerana ditinggalkan. Terlalu banyak yang aku belajar di sini. Aku tak pernah menafikan bahawa setiap manusia melakukan kesilapan, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Dan aku percaya juga setiap manusia berhak untuk memaafkan dan dimaafkan.
Agak - agak apa rasanya bila kebahagiaan orang lain dirampas untuk kesenangan diri sendiri? Agak - agak apa rasanya bila hak privacy orang lain dibuka untuk kepentingan diri? Agak - agak apa rasanya kalau menipu orang lain semata - mata untuk melindungi kesilapan diri sendiri?
Lalu aku terkenang kembali seorang sahabat yang selalu berpesan kepada diri ini untuk saling memaafkan orang yang bersalah pada kita. Katanya 'kalau kita sukar memaafkan orang, bagaimana pula dosa kita dengan Allah?' Allah tidak pernah berasa sukar untuk memaafkan dosa hamba - hamba-Nya. Tanpa aku duga airmata ini mengalir perlahan - lahan. Syukur aku mempunyai sahabat seperti dia kerana sedikit sebanyak semua ini mematangkan diri.
Bila berjalan seorang diri di atas muka bumi, aku terharu kerana tanpa aku sedari Allah menghantar mereka yang masih mengambil berat tetang diri ni. Yang menegur, menasihati, mengingati dan membimbing untuk terus bertahan dengan lebih lama. Percayalah, bila Allah jarakkan hubungan kita dengan seseorang kerana Allah tahu itu adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah ada seseorang yang lebih baik untuk hadir dalam hidup kita.
Hargai lah mereka yang berada di sekeliling kita kerana kita tak akan dihargai bila kita tidak mengenal erti menghargai kehadiran seseorang.
Persahabatan sejati sukar diungkap, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Sayyidusshuhada,
21 Rejab 1433 H,
Selamat tinggal.
2 comments:
salam
lama x berblogger. :)
suka entri nie. :)
Waalaikumsalam. Menyorok dalam perigi utk timba ilmu : D
Terima kasih.
Post a Comment