Friday, June 17, 2011

Sebelum nafas terhenti 2

Salam’alaik


“Nurul nak minta izin putuskan pertunangan kita,” pintaku perlahan – lahan. Agak berat inginku tuturkan ayat ini. Sakit. Suasana menjadi senyap seketika. Hiba. Mungkin.

“Apa? Nurul jangan main – main,” terkejut dengan permintaanku. Tak masuk akal. “Tentu ada sebab kan?” soalnya lagi. “Muktamad,” jawapku lagi. Aku bangun dari tempat dudukku lalu meninggalkan mereka yang terpingga – pingga.

“Kalau ini pengakhiran yang terbaik untuk kedua belah pihak saya akur. Saya terima kerana - Nya,” ringkas dan padat jawapan yang keluar dari bibirnya. Mereka kelu. Di hapus airmatanya dengan tangan. Cermin matanya di pakai kembali.

Sebelum mereka pulang aku sempat meminta emakku kirim sepucuk surat kepada dia. Dicapainya perlahan – lahan lalu disimpannya ke dalam poket seluar. “Terima kasih mak cik,” sepotong ayat keluar. “Sama – sama nak,” jawap emakku ringkas. Aku hanya perhatikan gelagat mereka dari luar. Ubat yang diberada di telapak tanganku terketar – ketar ku masukkan ke dalam mulut. Lalu ku telan semuanya.
---

Salam’alaik

Hidup kita hanya bertuhankan Allah. Utamakan lah ayah bonda dalam urusan kehidupan dan pandangan sebab redha mereka, redha Allah juga. Jaga solat. Selalu sujud. Banyakkan muhasabah diri sebab hanya diri kita sendiri yang tahu tinggi rendahnya amalan.  Itulah yang menjadikan kita lebih mulia daripada malaikat akan tetapi boleh menjadikan kita lebih hina daripada haiwan. Letakkan agama di atas sebelum memilih untuk mengutamakan hal duniawi. 

Setiap pertemuan ada perpisahan tetapi setiap perpisahan tak akan ada pengakhiran kerana kita bakal berjumpa lagi di akhirat kelak.
Mohon maaf salah dan silap saya. Halalkan urusan saya didunia dan akhirat. Apa yang saya putuskan ini adalah muktamad. Jaga diri. Jaga iman.

–Peace in Allah’s love
Nurul Farhanah Muhamad Nasir
---


“Nak, harith dah dua minggu pergi dari sini. Dia dah berangkat ke Mesir. Tapi sebelum tu dia ada cakap nak singgah buat umrah dengan pak ciknya,” jawapan Puan Aina. Aku tergamam. Selalunya dia beritahu awal – awal pada emakku sebelum berangkat. Merajuk membawa diri gamaknya.

“Bila Harith balik sini lagi mak cik? Soalku. Aku datang ke rumah Harith ditemani emak. Hajatku ingin jenguk – jenguk Puan Aina. Katanya tak berapa sihat. Seminggu demam. Rindukan anak bujangnya. Mungkin.

“Masa mak cik tanya, dia senyap aje. Lambat lagi gamaknya. Lagipun sekarang ni dia ada cakap tesisnya kena dihantar sebelum hari raya Aidilfitri ni. Harap – harap raya tahun ni dia pulang beraya di kampung,” jawap Puan Aina lagi dengan nada mengharap. Aku kelu. Entah kenapa saat ini aku tak mampu untuk menuturkan bicara.

“Mak cik sebenarnya terkilan dengan tindakan kamu hari tu. Mak cik harap kamu masih boleh terima kami semua sebagai sebahagian dari kamu,” pintanya sambil memegang tanganku. Pipiku yang basah dihapuskan dengan tangan tuanya. Dikesat airmataku lagi. Cukup. Itu sudah cukup mengharukan perasaanku.

“Tapi mak cik, keadaan saya macam ni tak mengizinkan saya untuk terus hidup lagi. Saya sakit mak cik. Umur saya dah tak lama” terangku lagi.

“Sakit apa kamu nak? tanya Puan Aina. Berkerut – kerut dahinya memandang ku. Aku senyap sebentar.
---

Emak memeluk tubuhku yang lemah longlai. Dicium berkali – kali dahiku. Aku sebak. “Kenapa Nurul tak pernah bagitahu mak hal ni? Nurul sakit macam ni pun masih senyap tahan sakit tu. Pucat lesi muka tu masih nak bagitahu mak kamu takde apa – apa,” keluh emak. Terkilan dengan perangai anaknya yang terlalu berahsia.

“Mak cik sanggup jadi penderma tulang sum – sum untuk kamu asalkan kamu sembuh nak,” rayunya padaku. Sungguh terharu. Aku sendiri kelu dengan permintaan Puan Aina. Tapi tak semudah itu kerana prosedurnya rumit. Mungkin tidak sesuai.
---

Hari ini dah masuk dua kali aku pitam secara tiba – tiba. Muka ku pucat lesi. Emak berlari – lari mencari ubat yang entah dimana aku letak. Aku sendiri turut lupa.

“Nurul, Harith accident dalam perjalanan nak pergi bertalaqi. Kereta dengan kereta. Dia meninggal dekat situ sebab pendarahan dekat kepala. Darah banyak hilang,” suara Encik Khadri hampir sayup – sayup kedengaran. Aku terduduk. Gagang ditanganku terlepas. Emak yang dari tadi memerhatikan gelagatku menjerit lalu menyambut aku. Gagang yang terlepas ditanganku dicapainya. Emak turut kelu. 

4 comments:

Anonymous said...

rekaan? atau kenyataan? hehehe.
kalau rekaan, akak buat sendiri? ♥♥

Sayyidusshuhada said...

Amboi. Gelak erk. Akak bagi pilihan untuk fiqah. Pilih la : )

Eh, ada love. Untuk akak erk?
---<--<@ Mawar untuk kamu.

Jadi lah wanita solehah yang mendamaikan mata keluarga : )

Anonymous said...

Mane ade gelak. Sengih je. Hihihi :P
Eh, boleh pilih pilih pula ye? OK.

Kalau rekaan akak ; thumbs up untuk akak! best! teruskan menulis untuk ummah. fiqah suka baca cerita ni. hehe ;)

Kalau kenyataan ; fiqah nak cakap. nauzubillah. moga dijauhkan. fiqah tertanya2 sebab akak pakai nama sebenar. fiqah jadi risau tau kalau ini kenyataan. hehe ;) tp walau apa pun, ujian Allah itu datang kepada hambaNya dalam pelbagai bentuk. ada ujian yg menyakitkan, ada ujian yg menggembirakan. kan? :)

yelah, untuk akak la. untuk sape lagi? =P
ohh, wanginya bunga tu. terima kasih. hihi :D bila nak bg yg sebenar punya pulak? :D

inshaAllah, sama sama kita berusaha untuk itu ye akak ;) ♥♥♥ :*

Sayyidusshuhada said...

Terima kasih sebab sudi baca. Jangan risau, akak sihat dan baik - baik sahaja. Nak bunga mawar sebenar ye? Hihihi :D

InsyaAllah ada rezeki nanti akak bagi yang betul punya : )

Ujian mematangkan kita. Jadi kita kena kuat sebab Allah tak akan bagi ujian yang kita sendiri tak mampun menghadapinya : )