Salam'alaik
“Ya Allah, dugaan apa yang Engkau telah berikan kepada hamba – Mu ini. Aku tak mampu menanggungnya bersendirian,” setitik demi setitik airmataku berguguran jatuh ke lantai. Tudungku basah. Lembab. Surat yang aku terima tengahari tadi ku genggam erat. Segala persoalan yang bermain diminda kini terjawab. “Mungkin ini lah dinamakan takdir yang Engkau telah susun rapi sejak aku di rahim bondaku lagi. La tahzan. Semoga aku lebih tabah.” suara kecilku bersuara.
“Kan mak dah cakap berkali – kali pergi ke hospital check dengan doktor apa sebenarnya masalah kamu tu. Rujuk yang pakar. Kamu kan ambil nursing. Takkan kamu tak tahu sikit – sikit tentang masalah kamu tu. Dah pergi hospital ke belum?” soal emakku. Ikan yang digorengnya tadi hampir – hampir hangit kerana terlupa diangkatnya.
“Dah, tapi doktor cakap tak ada apa – apa. Doktor nasihat banyakkan rehat. Mak, nurul tolong mak kupas bawang ni ye. Kita buat masak tumis sayur kangkung. Nurul dah lama tak makan makanan favourite nurul ni,” lalu ku ambil bekas bawang di bawah sinki. Senyuman ku ukir untuk emak kesayanganku.
“Kulit muka pucat macam tu doktor cakap takde apa – apa? Mak tengok kamu semakin kurus, makan pun tak lalu, selalu mengadu letih” Emak mengomel tanda tak puas hati. “Betul lah Nurul dah jumpa doktor tadi. Ni buktinya,” jawapku sambil aku tunjukkan ubat yang aku ambil tadi dari farmasi. Emak hanya memandang sekilas sahaja. Kemudian diteruskannya dengan kerja menumis bawang yang tergendala sebentar tadi.
“Maafkan nurul mak sebab nurul terpaksa menipu mak. Nurul tak nak mak kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa diri nurul,” aku berbisik memujuk hati.
---
“Nurul Farhanah binti Muhamad Nasir,” namaku dipanggil oleh Dr Ilham Sufi. Lalu beliau mengerling ke arah aku. “Ye. Saya. InsyaAllah. Saya terima apa pun keputusannya doktor,” jawapku sambil aku menghela nafas panjang. Ku renung wajah Dr Ilham Sufi lalu ku tundukkan kembali pandangan aku. Wajahnya tenang menggambarkan sifatnya juga.
“Saya harap kamu tabah dan kuat bila saya beritahu keputusannya. Kita orang Islam dan percaya qada’ dan qadar. Bila ujian tidak putus - putus datang, dari arah mana kita perlu memandangnya? Sebagai satu ujian menambah iman, atau satu balasan akibat kekufuran? Ujian itu adalah tarbiyah Allah kepada hamba – hamba yang dikehendaki – Nya. InsyaAllah saya tahu kamu seorang yang tabah dan mempunyai semangat yang kuat.
---
“Betul ke apa yang saya dengar ni doktor?” Soalku sekali lagi. Dr Ilham Sufi mengangguk. Dia tunduk. Pipiku basah. Sesungguhnya aku hanya hamba – Nya yang lemah. Terlalu berat dugaan yang bakal ku hadapi. “Saya faham akan perasaan kamu. Allah lebih sayangkan kamu sebab itu Dia uji kamu dengan ujian seperti ini ,” Dr Ilham Sufi memberi aku semangat. Semakin deras airmataku mengalir. Allahuakbar.
“Bawalah Allah dalam hatimu selalu, nescaya tiada duka untukmu, bawalah Allah dalam hatimu selalu, nescaya musibah dunia tiada apa buatmu. Masa lampau kamu Allah telah membantu kamu, kelmarin juga Allah telah membantu kamu, percayalah hari ini dan selamanya, Allah tetap akan membantu kamu,” pesan seorang sahabat karibku. Masih kedengaran suaranya. Dia meninggal dunia semasa menyelamatkan aku yang lemas di dalam sungai. Sekali lagi airmataku menitis ke bumi. Sudah 3 tahun kejadian itu berlaku tapi ingatanku kepadanya masih segar. “Ana uhibbuki fillah ya sohabati. Abadan abada,” bisik hatiku.
---
Teriknya sinar matahari. Sekilas cahayanya mengaburi penglihatan aku. Cepat – cepat aku pakai kembali cermin mata yang berada ditanganku. Silau. Petang itu aku gagahkan diriku untuk berjalan ke laut ditemani roommate aku. Waktu petang aku lebih suka menghabiskan masa dengan melepak di tepi laut dengannya. Gelak ketawa menutup kesedihan dan kesakitan yang melarat dalam tubuhku. Terkadang aku cuba menipu dengan mengukir senyuman palsu. Sungguh hipokrit rasanya. Melihat kanak – kanak berlari dengan suka ria. Aku kembali tersenyum. Bahagianya mereka.
Sejak kecil lagi aku suka merenung pantai. Ombak yang silih berganti tadi datang ke arahku. Seolah – olah tiada henti. Dari situ aku dapat rasakan satu detik ke satu detik pasti akan berlaku perubahan, perpindahan, pertambahan dan pengurangan. Tunggul kayu yang mereput akhirnya mati.
“Sabar bukan sekadar ketika ditimpa musibah. Bersabar juga dalam melaksanakan ketaatan kepada – Nya dan sabar dalam meninggalkan larangan – Nya. Bukankah setiap manusia yang melaksanakan ketaatan pasti diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan? Dengan bermujahadah seseorang hamba itu akan berusaha membersihkan jiwanya daripada bisikan syaitan laknatullah dan nafsu ke dalam jiwanya. Bahkan Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang bersabar dalam melakukan perintah – Nya dan meninggalkan larangan – Nya,” sambungnya lagi. Diteruskan lagi pembacaanya. Buku Solusi yang dipegangnya turutku tatap. Aku hanya senyap. Membisu seketika.
Allah berfirman yang bermaksud “Dan bagi mereka takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah tuhannya (untuk dihitungkan amalannya), serta ia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” (Surah al – Nazi’at 79: 40 - 41)
“Tidak hakiki cinta seorang hamba kepada – Nya apabila dia tidak menikmati pukulan – Nya” dia senyap. Buku Solusi yang dipegangnya tadi ditutup perlahan – lahan. “Subhanallah,” aku yang dari tadi senyap bersuara. “Awak, jom balik. Hampir masuk solat maghrib ni. Kejap lagi tentu ramai syabab yang pergi ke masjid. Takut – takut bertembung dengan mereka pula,”ajaknya sambil bangun. Aku mengangguk tanda setuju. Jam menunjukkan pukul 6.45 petang.
---
“Mak, Nurul masuk bilik dulu. Letih,” aku bersuara sambil ku angkat beg pakaianku ke dalam bilik tidur. “Terima kasih mak sebab masakkan makanan tengahari untuk Nurul,” aku bersuara lagi. “Sama – sama,” jawap emak. Pelik dengan telatahku dari tadi. Mungkin selera makanku semakin berkurang.
Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu.
Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku.
Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Inteam ft Mestica ku mainkan berkali - kali di handphoneku. Bosan? Tidak bagiku kerana liriknya membawa maksud tersirat pada diriku. Aku pegang erat surat cinta dari tuhanku. Risau sekiranya nafasku terhenti bila – bila masa sebelum aku sempat habiskan sisa hidupku membacanya.
“Berdasarkan ujian darah dan air tulang sum – sum yang saya ambil, saya dapati sel darah putih kamu meningkat secara mendadak. Keadaan ini sebenarnya tidak normal bagi manusia biasa. Jadi setelah saya berkali - kali mengulangi ujian darah kamu, saya masih mendapati sel darah putih kamu meningkat secara mendadak dan kamu telah menghidapi leukemia. Keadaan ini semakin kronik,” terang Dr Ilham Sufi.
Degupan jantungku seolah - olah terhenti seketika. Nafasku sesak. Terketar - ketar bibirku bertanya “Doktor, ada cara lain tak untuk rawat keadaan saya ni?” soalku pasrah.
“Selain kamu menjalani chemotherapy dan ambil ubat, pemindahan tulang sum – sum juga boleh dijalankan. Tetapi sekarang sangat sukar untuk mencari penderma kerana faktor – faktor tertentu yang tidak bersesuaian dengan pesakit,” terang Dr Ilham Sufi lagi.
Jauhnya fikiran aku melayang. Ku selak langsir di sebalik tingkap. “Matahari tak pernah penat untuk memancarkan sinarnya. Tak kira walaupun di hina dan di caci oleh manusia kerana panasnya sinar yang dipancarkan. Alhamdulillah,” bicaraku perlahan – lahan.
“Sebenarnya bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan. Hidayah milik Allah. Apabila hidayah datang jangan pernah cuba untuk menolaknya,” terngiyang – ngiyang butir nasihat dari sahabatku lagi. Cepat – cepat aku ke bilik mandi untuk berwudhu. Solat zohor yang bakal aku tunaikan bersama – sama keluargaku di imamkan oleh abang sulungku. “Banyak dah berubah.” Bisikku lagi.
No comments:
Post a Comment