Tuesday, March 01, 2011

Hati yang mati perlu diubati


Salam’alaik


Manusia tidak sempurna. Jadi, jangan sesekali menilai kesilapan mereka suatu ketika dahulu.
Sesungguhnya kesilapan masa lalu bukan penentu keadaan diri di masa sekarang. Mana tahu diri dia adalah manusia yang lebih mulia dari diri kita.

“Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran.
Jika kau tidak ketemui, 
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak ketemui, 
carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati
Jika kau tidak ketemui juga, 
berdoalah pada Allah.
Pinta hati yang baru!”

Dah lama aku cari maksud sebenar ayat ni, tapi aku masih jahil dalam mengungkapkan erti sebenar ayat diatas.
Aku usaha semampu dan cuba sehabis baik untuk cari maknanya dengan bertanyakan kepada yang pakar.

Antara yang membantu:

Kak Wan Ct Eyesyah
(kaunselor dalamKILI)

mencari hati dalam al - quran macam mana ?

Kalau kita ada masalah, apa-apapun berbalik kpd Al-Quran.. InsyaAllah, Al-Quran jadi ubat keresahan, kesedihan, kesunyian & sebagainya


mencari hati dalam mengerjakan solat macam mana ?

Solat tu tiang agama.. Kalau tak solat dlm sehari, apa yg adik rasa? Mesti resah gelisah, tak boleh duduk diam kan.. So, solat pun adalah salah satu terapi & mendekatkan kita dgn Allah SWT.. Waktu itulah yg sesuai utk kita mengadu apa2 padaNya, menangisi dosa2 yg pernah dilakukan.. InsyaAllah, hati akan jadi lebih tenang lepas 'bercinta' dgnNya


mencari hati dalam mengingat kematian pulak macam mana ?

Manusia tak lepas dari melakukan kesilapan & dosakan.. So, kalau terdetik di hati nak buat dosa, buat kejahatan mesti teringat pasal kematian.. Kita pun tak tahu bila kita akan meninggalkan dunia nie.. Tak hari ini, esok, lusa kita pun tak pasti.. Hanya Allah je tahu qada' & qadar yg telah ditetapkan utk kita.. Kalau kita selalu ingatkan kematian, insyaAllah setiap perbuatan seharian kita akan lebih berhati-hati.. Maksud akak, berfikir dulu sblm membuat sesuatu tindakan
Wallahua'lam.
Alhamdulillah. Jawapan yang menarik walaupun ringkas. Kadang tu yang ringkas senang di ingat .


Muhamad Hafiz Mujahid
(Rakan FB)

Katanya kalau hati yang dah mati perlu di beri makanan. Tau tak makanan hati apa ?

“Zikir”
“Jaga makanan”
“Buat sesuatu niat kerana Allah”
“cuba carik seorang muslimah jadikan teman baik
senang dia nak bantu
lelaki ni terbatas skit ^^”
(betul , aku suka ayat ni ! )

Lagi ringkas jawapan anda
Ye akhi . Terima kasih menbantu saya.








eh ! hari ni umur aku dah sebulan dalam KILI . Terharunya sebab banyak sangat kenangan manis dan pahit dalam tu.


Teringin nak jadi macam budak kat atas tu . Suci tanpa dosa ^^



P/s: Opss , kali ni entry agak panjang .Lain kali aku kasi citer pendek pulak. err , nanti aku terai tanya orang yang lebih power pasal menterjemah ayat ni. insyaAllah entry ni akan bersambung.


2 comments:

-Wan Siti Aisyah- said...

Salam wbt dik Farhana.. Semoga sihat dlm lindunganNya selalu hari nie=)

Anyway, syukran letak jawapan akak dlm entri Farhana yg nie.. Tak tahu nak ckp apa, speechless jadinya.. Huhu.. Rasa tak layak lak jawapan akak duduk dlm blog Farhana sbb jawapan akak biasa2 je..

Apapun, keep writing ya~^^

Sayyidusshuhada said...

@ Kak Wan Siti Aisyah : Wassalam'alaik.
Afwan kak aisyah. HAHA^^ . Blog saya dah saya jadikan tempat untuk meluahkan perasaan sorang - sorang.
Saya letak jawapan akak dengan niat mudah - mudahan bila saya baca, saya akan ingat semula apa yang saya lupa.
Segan la pulak bila akak singgah kat blog buruk ni =')