Salam'alaik
Aku hanya budak hingusan yang tak mengenal erti cinta
Padaku cinta itu hanya suatu perasaan yang akan datang dan pergi begitu sahaja tanpa meninggalkan makna
Aku fikir cinta itu hanya mainan perasaan yang sekadar suka – suka
Aku percaya yang cinta itu hanya untuk tertumpu kepada manusia sahaja
Merataku cari erti cinta
Yangku temui hanya cinta yang berlandaskan nafsu terbataskan dosa
Aku masih jahil dalam mengungkapkan makna cinta yang sebenar
Sekarang aku mula mengenal bahawa cinta itu punya banyak pengertiannya
Cinta itu suatu perasaan yang sukar ditafsir melalui kata – kata
Bahkan payah untuk dizahirkan melalui cara
Cinta Allah adalah cinta yang utama
Bagiku cinta-Nya sentiasa ada disetiap masa dan ketika
Cinta rasulullah membuatku berlinangan airmata
Aku percaya cinta baginda pada umatnya terlalu luar biasa
Cinta kedua ibu bapa mengajarku pengorbanan dan kasih sayang
Baruku sedari cinta mereka terlalu berharga sehingga tidak dapat dibalas dengan wang dan harta
Cinta manusia yang ku temui hanya sia – sia bahkan mendatangkan bahaya
Pada pemerhatianku cinta manusia banyak menarik diriku ke neraka
Andaiku temui cinta yang manusia yang membawaku ke syurga , ku mohon agar cinta itu datang atas keredhaan-Nya
Walaupun cinta itu fitrah manusia
Tetapi cinta yang teragung adalah cinta ilahi
Maka ku dahului cinta ilahi daripada cinta insani
P/s: Mohon maaf jika pengetianku tentang cinta tidak menepati citarasa manusia yang membaca kerana aku budak hingusan semata - mata.
No comments:
Post a Comment