Sunday, December 16, 2012

December, don't break my heart


Rasa berbelah bahagi bila tak mampu untuk buat keputusan yang tepat. Sekarang KKM dah tawarkan untuk staff baru dari semenanjung untuk bertukar ke semenanjung. Tarikh tutup sampai isnin ni. Tapi yang jadi masalahnya aku dah mula rasa seronok berkerja kat sini dengan persekitaran yang sangat ok, senior yang sangat best banyak membantu & bla bla bla. Even adalah masalah sikit2 yang tak bolah nak dielak. Dengar2 EPW nak dimansuhkan. Panas kot. Tak sure betul atau tak. Khabar angin mungkin. Ish, biarlah. Bagi aku benda tu tak berapa nak penting tapi kerja aku dalam ward tu lagi penting. 

Yang aku takut kalau nanti2 bila aku dah berubah fikiran untuk bertukar ke semenanjung, ambil masa atau susah pulak untuk di approve. 
Sebenarnya aku dah rancang banyak perkara yang nak dibuat kat sini. Macam - macam plan aku dah susun, tapi bila berita ni keluar semuanya jadi kelam kabut. 
Bila roommate cakap nk tukar balik semenanjung rasa macam kehilangan. Aku terus senyap. Rilek lah, macam tak pernah hidup sorang2 pulak. 

Aku dah buat keputusan yang aku nak habiskan kontrak aku kat sini, nak nikmati perjalanan hidup kat sini. Dan aku berharap selama aku jauh dari family, aku jadi matang bukan berperangai macam budak kecil lagi. Kalau boleh aku nak berdiri di kaki sendiri. 

Forgive me, I'm trying my best. 


No comments: