Sunday, January 15, 2012

Terhapus kesedihan dengan kehadiran angin

Salam'alaik

Saban hari aku dapat merasakan perubahan disekeliling yang makin ketara. Mungkin kerana sikap aku yang merubah? Atau lukisan takdir yang mewarnai kehidupan ini? 
Kawan - kawan pun cakap aku dah berubah. 
Hanya tersenyum kerana bagiku senyuman adalah jawapan bagi persoalan yang tak perlu dijawab. 
Ya, setiap orang akan bertindak atas kehendak diri sendiri. Aku pilih jalan aku. Cara sesuatu masalah itu diselesaikan bergantung kepada diri sendiri juga dan bagaimana masalah itu dilihat serta cuba untuk diselesaikannya. 
Dan aku percaya yang hidup ini tak selamanya dihiasi senyuman, terkadang airmata hadir untuk mempelbagaikan lagi corak kehidupan. 
Terdetik juga dalam hati dimana mereka sewaktu kita dalam tangisan? Kerana terlalu mengharap kehadiran mereka, kadang jiwa ini terluka tanpa disangka. 
Sampai suatu saat aku mengambil keputusan untuk terus berdiam diri. 
Diam dan terus pura2 tersenyum. 
Mungkin diam dapat menyelesaikan masalah juga.
Bagi aku hidup ini bukan atas sebab TAHU, tapi sebab MAHU. Ada orang TAHU menutup aurat itu wajib, tapi TIDAK MAHU menutupnya. 
Atau ada orang TIDAK TAHU memasak, tapi MAHU mencubanya. 
: )
Rasa cukup senang hati bila dapat gembirakan kawan walau tawa dalam tangisan. 
---


Dulu masa kecik2 kalau ada masalah dengan adik beradik atau bergaduh dengan abang, aku suka lari masuk dalam bilik, duduk tepi katil sambil buka tingkap luas2. 
Aku cakap dekat diri sendiri 'kalau lah boleh jadi angin kan best! Jadi manusia susah, kalau ada masalah mesti menangis. Kalau jadi angin best sebab manusia tak boleh tengok angin, tapi kehadirannya selalu dipinta manusia dan dapat dirasai : ) 
Lepas tu menangis lah sorang2. 
Kalau difikirkan balik memang lucu terkenangkan zaman dulu. Fikiran tak berapa waras, akal tak berapa nak matang. Lepas menangis ambil sekeping kertas kosong lukis gambar family. Haha.
Family adalah segalanya. 
Bila dah besar malu pulak nak buat macam tu. Tapi bila difikirkan balik teringin jugak jadi angin.
Mengarut aje! 
Rindu juga teringat dekat abang sulung. Dulu aku lah musuh utama abang, pantang berjumpa mesti bertekak ambil benda baling dekat dia. Dia pun tak kurang nakalnya sebab dulu dia pernah curi pistol mainan aku siap peluru dicurinya sekali. Bila nampak muka aku terus ditembaknya. Lepas tu ketawa terbahak - bahak dengan adik aku yang perempuan. Cis~ boleh berkomplot lagi. 
Lama jugak kitaorang berperang sampai lah suatu hari dia berubah lepas masuk asrama. Perangai dia lain & tak sama macam zaman budak2. Tak ada lagi gurauan. 
Saat itu airmata sentiasa mengalir. Setiap hari. Aku pun tahu nak selami perasaan lelaki. 
Aku takut dengan lelaki panas baran. 
Tapi segalanya berubah, suatu hari aku dengar dia menangis cakap something dengan emak aku dalam bilik sebab bilik aku bersebelahan dengan bilik dia. 
Aku tak dapat tangkap apa yang abang aku cakap. Setiap esakan dia buat aku terharu. Sepertinya dia ada masalah. 
Aku hanya mampu berdoa &  terus berdoa.
Raya Eid Fitri tahun ni rasa lain dengan sebelumnya, tersentuh hati bila abang bagi duit raya dekat kami adik beradik. Rasa nak peluk abang sangat2 dan cakap 'bukan duit ini yang nurul nak, cuma nak diri abang sentiasa ada dengan adik - adik & terus tersenyum' 
Haha :' ) 
Tapi lidah kelu. Rasa sekelip mata saat itu berakhir. 
Baru2 abang hantar aku dekat perhentian bus naik motor. On the way ke sana fikiran aku mula melayang layang teringat time sekolah dulu naik motor berdua. Ekzos motor meletup letup. Motor kapai lah katakan. Tapi happy dapat naik dengan abang. Rasa selamat & dilindungi. 
Tup - tup dah sampai stesen bus abang ajak minum. Aku punya lah segan nak minum dengan orang lelaki even dengan abang sendiri. Aku tolak permintaan dia baik2.
Dia merajuk dekat aku.
Haha : D 
Nak tergelak time tu, dia pujuk aku minum, majoriti orang kat stesen bus pandang pelik semacam dekat aku sebab aku naik motor dengan lelaki, oi padahal abang aku kot & pada masa yang sama aku pakai baju kurung dengan tudung labuh sambil galas beg besar. 
Last sekali dia balik macam tu aje sebab aku tolak untuk minum dengan dia. 
Kesian pulak aku dekat dia. Malam tu telefon tanya dia dah balik rumah atau belum, emak cakap dia kena marah dengan ayah sebab tak beli tiket balik. Sebenarnya masa nak beli tiket dia tu, memang ramai orang, tu sebab dia ajak aku minum dulu.
Kesian pulak T_T
Sekarang semuanya dah berubah, keliling aku dah berubah juga. 
: )
Photo curi [kredit]
Kwang3 
: D
Harap2 abang aku tak tahu.
Doa lah sama2 untuk aku!
Tak banyak yang aku pinta, hanya mahu mereka disekeliling aku tersenyum indah & tangisan kalian terhapus dengan hadirnya angin menyapa : )
Kawan atau lawan, kalian sentiasa ada dalam doaku. 

Sayyidusshuhada
22 Safar 1433 H
Ma'asalamah Illalilqa

1 comment:

Muhammad Naim Abdullah said...

hehe

lama x berblogger.. hehe

jom baca;
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/01/dimana-engkau-kawan.html