Saturday, October 08, 2011

Mulianya aku? Teguran atau sindiran.

Salam'alaik


Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir orang lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga Allah. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk nunjuk, maka kau akan malu bertunduk di depan Allah kelak. 
Sia - sia sahaja!

Dan siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi Muhammmad S.A.W. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan angan akan ke syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hak- Nya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! 

Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah mudah kau fikir kau akan selamat selagu kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu. 

P/s: Heh~ copy paste aje statement ni. Buat aku yang tak sedar diri & selalu riak. 

---


Allahuakbar. 
Rupanya dalam pada masa yang sama Allah menilai apa yang ada dalam hati kita. Niat kita. Mungkin kita tak perasan. Ya, sukar untuk kita perbetulkan hati kita yang sudah kotor. Terkadang rasa riak mulai tumbuh perlahan - lahan. Terkadang kita memandang orang sekeliling kita dengan padangan yang rendah dan hina. Mereka pelaku maksiat siang dan malam. Mereka buat itu dan ini. Kita bagaimana? 

Jangan tangguh taubat. Cukuplah jika setiap nafas aku hanya mengajar aku menjadi pendosa. 
Mungkin hari ini adalah hari aku. Kamu? Aku tidak tahu. 
Mungkin esok atau lusa.


P/s: Kita sampai bila - bila pun berdosa. Hanya dengan rahmat Allah itulah dosa kita diampunkan.
P/s 2: Dengan berfacebooking, berblogging, bertwittering, bertumblring dan bersebagainya kita tak akan dapat berjumpa dengan hati yang baru! Carinya semasa solat, serta buka al - Quran selalu inshaAllah akan jumpa.
P/s 3: Aku kena banyakkan menegur diri sendiri yang tak betul. Asyik dok nasihatkan orang, orang pun tak suka. 
P/s 4: Yang pasti aku bukan dalam gambar diatas. Tapi yang pasti juga aku akan jadi macam gambar di atas. 
P/s 5: Aku percaya setiap orang ada dosa termasuk aku juga. Jadi aku minta maaf pada sesiapa yang terasa dengan aku. Maaf. Setiap kematian ada pertemuan bukan?
P/s 6: Errr, tak tahu nak cakap apa.
P/s 7: . . . 



Macam mana entah nak insert video?
Lupa lah: D
Jaga Islam & jaga keseluruhan. 


sayyidusshuhada
10 Dzulka'edah 1432 H 
Sekian wassalam. 
Ma'asalamah illalilqa : )


No comments: