Sunday, October 16, 2011

I'm not who I was before?

Salam'alaik


Mungkin terlalu lama sangat termenung sampai tak tahu nak tulis apa. 
Ada orang cakap aku semakin berubah. Sangat ketara. Betul ke? Aku pun tak tahu apa yang berubahnya. Mungkin semakin kita dewasa semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul sebab tu berubah kot. Abaikan. Kalau malam2 tak mengarut memang tak sah.
---

'Assalamualaikum ustazah' 
Betul2 kurang faham bila mana kawan2 panggil macam tu. Perli ke? Atau kalian sukakan perubahan ini? 
Pedulikan. 
Lebih baik utamakan pandangan Allah daripada pandangan kalian. 
Tapi aku hairan kenapa mereka yang melakukan perubahan ke arah kebaikan sering ditegur, dikritik, dihina malah dicari kesalahannya sampai ke lubang cacing. 
Kenapa tidak ditegur sahaja mereka yang masih bergelumang dengan maksiat? Kata nak ajak sama2 ke syurga. Mana janji kalian? 
Aku hanya memperingatkan bahawa yang bertudung labuh itu tak semestinya ustazah. Tolong lah faham. Mereka juga seperti kamu. Masih merangkak rangkak mencari cahaya- Nya.
Selami dunia mereka, pasti kamu tahu kenapa mereka melakukan itu. 

Mungkin sudah tiba masanya untuk senyap sebentar bagi meredakan keadaan. Jiwa yang sudah mati tak perlu dikenang. Biarkan ia pergi ditiup angin, biarkan ia pergi dihanyut ombak. Usah dikenang kembali. 
Sekarang baru aku tahu siapa yang dimaksudkan dengan sahabat. Yang selalu ada kita di waktu susah dan senang. 


P/s: Memaafkan untuk dimaafkan.

Sayyidusshuhada
19 Dzulka'edah 1432 H
Ma'asalamah Illalilqa.

10 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Salam alaik Farhanah.

Kenapa bermuram nie. Sahabat masih 'perli' lagi ker? ce citer naim?

Naim ada post madah ini kat fb

Setiap manusia ada pelbagai ragam. Kena fahami ragam manusia.Baru dapat menafsir peribadi seseorang itu.

Jangan terus menilai daripada aspek dunia semata-mata... Renungkan.. dan fikir sejenak..

Kita ragam lagu mana? Jangan cakap kemaih sangat. keh2..

[kata kat diri sendir]

farhanah semoga perubahan anda kepada lebih baik tidak mematahkan hati dengan cacian kepada diri kamu..


Kuatkan hati anda. berdoa kepada Allah semoga mereka yg jahil itu dapat menerima farhanah yg sekarang.

Cari kawan yg bisa berdiri dan jatuh bersama-sama. Lebih baik berkongsi masalah dengan ibu . Jika tidak keberatan kepada farhanah ya..

Farhanah.. sebagai kawan maya, Naim bisa memberi tulisan sahaja. lebih dari itu ia membatas ruang..

Harap farhanah kuat. Jangan biar tisu kotori langit yang indah..

^_^

p/s: minta kata2 nasihat daripada kak ecah. Maybe beliau boleh membantu ya..

Salam alaik.. peace!

yada yada said...

Dari entry ni saya simpulkan yang kamu baru bertukar dari bertudung biasa ke tudung labuh, betul tak?

Kamu jawab soalan ni nanti saya proceed dengan apa yang saya nak tulis, oke? :)

Sayyidusshuhada said...

@Naim: Terima kasih atas kata2 semangat. Saya sangat2 menghargainya nasihat kamu. Saya yakin kehidupan akan jadi lebih indah apabila diuji dengan pelbagai ujian dari Ilahi. Kerana Allah yakin kita mampu mengadapi ujian- Nya. InshaAllah saya baik2 sahaja.

: )


@Nik: Betul. InshaAllah, tapi saya masih merangkak - rangkak. Niat dihati bukan berlagak alim atau ingin mendabik dada mengatakan diri ini lebih mulia. Cuma ingin menjadi hamba yang taat pada perintah- Nya : )

Anonymous said...

Salam3alaik.

Kak Farha, semoga terus sabar. Allah hantar kawan kawan akak tu sebagai ujian, mungkin. Allah nak tengok sejauh mana akak dapat istiqomah dengan apa yang akak pakai tu, kan? Jom bersangka baik dengan Allah.

Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang :')

Kalau nak buat perkara baik, abaikan apa orang kata! ^_^ Semoga akak terus kuat untuk pertahankan tudung labuh akak :)

ps; akak, asifah jiddan3 pasal tudung tu. sesungguhnya fiqah tak berkesempatan lagi nak pergi kedai tu. harap akak dapat bersabar dengan kelewatan fiqah ni =.= maaf! nanti sila datang taiping. bolehlah kita beli tudung sama sama kan. hee <3 inshaAllah :D

yada yada said...

Bila kamu dah bertukar ke tudung labuh, secara automatik semua pandangan manusia akan ditalakan ke arah kamu. Itu dogma masyarakat.

Tapi tu mula2 jerp. Lama2 orang pun dah biasa, dorang akan buat tak kisah. :)

Jangan risaulah kata2 orang. Kamu teruskan hidup macam biasa. Kata2 orang walaupun nampak negatif, sebenarnya kamu boleh tukarkan jadi positif. Dengan harapan kata2 buruk dorang akan menambahkan lagi kesabaran kamu. :)

Gud luck.

Sayyidusshuhada said...

@Afiqah: Wassalam'alaik. Terima kasih nasihatkan akak. Akak sendiri mengaku kadang akak terlupa yang ujian itu tarbiyah dari- Nya. Biasalah kita manusia biasa. Tapi tak mustahil jika kita berubah perlahan lahan ke arah kebaikan. InshaAllah doakan akak terus istiqamah : )

P/s: Tak mengapa. Akak harap kamu dapat tumpukan perhatian lebih pada ujian paling besar tahun ni. Semoga berjaya ^^ InshaAllah ada rezeki nanti akak berkunjung ke sana. Boleh lah berjumpa kamu : )


@Nik: Ya, saya faham. Apa yang saya perlu buat sekarang adalah mendiamkan diri sahaja. Betul kan? Kadang diam tu jalan terbaik untuk kita jawap sebuah persoalan yang tak perlu dijawab.

Sangat bertuah dapat sahabat seperti kamu : )

Muhammad Naim Abdullah said...

:)

sama-sama.. be strong

Zombie said...
This comment has been removed by the author.
Zombie said...

Sedih je ayat akak ni.
Maaf, lambat saya join untuk kasi semangat dekat akak.

Rasa tak tertunai tanggungjawab. T_T

--

Akak, benda yang baik memang susah nak buat, memang sedih bila orang fikir macam2.

Sebab tu Allah buat jalan ke syurga ni penuh duri. Supaya orang lebih menghargai hidayah-Nya. (eh macam tak de kaitan? hahaha, maaf)

Trust me akak. As long as we do good deeds, Allah redha, InshaAllah manusia lama2 penat nak memerli, dan lama2 mana tau dia akan ikut macam akak jugak kan? hehehe.

Allah yang memegang hati manusia.

Pergh! Panjang gila saya taip.

http://www.youtube.com/watch?v=EHHflBqjc4U&feature=related Lagu khas untuk akak.

La t7zany ya 7bebty, Allah ma3k.
: )

Sayyidusshuhada said...

@Naim: InshaALLAH : )

@Zombie: Takpe : ) Akak suka baca komen kamu selagi benda tu boleh menaikkan motivasi diri. Macam biasa manusia tanpa semangat akan perlahan - lahan terduduk rebah ke bumi.

Terima kasih lagu tu. Rasa nak menitik airmata bila dengar nama2 ALLAH dipanggil panggil :' )

Akak rasa dah cukup terharu dengan nikmat yang ALLAH bagi bila masih ada sahabat yang sudi bagi semangat dekat kita. Even, akak tak pernah jumpa dengan kamu semua tapi rasa dekat sangat. ALLAHURABBI Terima kasih :' )

InshaALLAH :' )