Monday, October 03, 2011

Andai airmata ini ada yang menyekanya

Salam'alaik


Andai sahaja Engkau tahu betapa sukarnya aku membuat pilihan. Hampir - hampir buntu fikiran ini ya Allah.
Bagaikan dihimpit - himpit. Sesak.
Dari petang tadi aku masih memikirkannya. Sehingga ke saat ini aku masih terpaku. Sendiri.
Antara benar atau salah. Antara suka atau duka. Antara gembira atau sedih. 
Atau sekiranya aku tersilap pilih? 
Andaikan sahaja mereka ada disisiku. Tapi Engkau lebih menyayangi mereka kerana Engkau menjemput mereka menjadi tetamu- Mu. 
Ya Allah, jauhnya fikiran ini melayang. 
---

Mak, nurul betul - betul buntu nak buat pilihan. Tadi masing - masing dah isi borang pemilihan tempat kerja. Nurul kena isi sekurang - kurangnya 3 pilihan. Tapi nurul tak isi lagi. Nurul tunggu panggilan dari emak. Nurul pegang telefon ni. Mak, kalau emak ada disisi nurul, mungkin kurang sikit beban yang nurul kena tanggung. Boleh lah nurul borak - borak dengan emak tentang masalah nurul. Macam malam - malam yang sebelum ini. 
Kalau orang lain boleh pilih ikut tempat tinggal tunang dorang, biarlah nurul pilih untuk dekat dengan emak bila nurul dapat kerja nanti. Nanti nurul boleh rawat emak & ayah kalau sakit. Nurul masih mengharap emak telefon nurul sampai sekarang. Tapi kan mak, kalau emak tak dapat telefon nurul, doa nurul satu aje, kalau emak muncul dalam mimpi nurul pun dah cukup. 
Mak, tadi tiba2 airmata nurul menitis. Kawan tegur cakap tudung yang nurul pakai labuh sangat. Tapi kawan nurul yang sorang lagi sempat sokong nurul. Dia cakap yang menegur tu dok sebuk tegur orang pakai tudung labuh, tapi diri sendiri tak pakai tudung lagi teruk. Nurul tak kisah pun. Asalkan apa yang kita buat betul, kenapa perlu jaga hati manusia? Padahal mereka tak pernah jaga 'hati' Allah. 
Mak, terima kasih doakan nurul jumpa kawan macam dia. Yang sentiasa menyokong nurul.
Mungkin emak & ayah tengah sesuaikan diri dekat sana. Doakan anak - anakmu kerana anak - anakmu masih merindui suaramu. 

---

Buat sahabat, terima kasih kerana menasihati aku. Sesungguhnya kata - katamu benar, jangan bersusah hati kerana rezeki kita ada dimana - mana sahaja. 





P/s: Aku percaya, hanya Allah sahaja yang mampu menghapus airmata hamba - hamba-Nya. 

3 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Kuat Farhanah..

Ujian adalah satu helah.. cari cahaya,,

be strong .. :)

Musafir cahaya said...

Akak dah buat perkara yang baik,Allah sayang akak.

Kuatkan semangat.Mungkin suatu masa kawan akak itu akan ikut untuk
bertudung apabila melihat kak Farhanah yang istiqamah,
insya-Allah,kuasa Allah tiada yang mustahil... ^____^

p/s: Mak ayah akak pasti sedang mendoakan anak-anaknya di hadapan Kaabah.

Sayyidusshuhada said...

Naim: InshaAllah. I'll be strong ^^

Syu: Allah sayang kamu juga : )

InshaAllah. Doakan saudaramu ini semoga tidak goyah.

P/s: Aminnn : )