Salam'alaik
Makin jauh termenung, makin tersengih - sengih terkenangkan pengalaman masa practical di Out Patient Department (OPD) General Hospital Penang. Terlalu banyak ilmu yang dikutip dan kenangan berharga berlaku disitu. Allah telah aturkan segalanya untuk aku belajar disebalik kehidupan manusia. Bak kata pepatah melayu 'banyak orang, banyak ragam'. Ewah, aku dah start recall peribahasa time sekolah dulu. Hehe. Macam - macam procedure kena recall back.
Dressing, STO, catheterization (CBD), insertion of Ryle's tube feeding, blood taking, ECG, injection, macam lagi. Heh~ tapi banyak dah lupa. Nasib baik tak kantoi. Mana taknya selalu buat muka confident masa buat procedure walaupun tak confident. Lecturer aku cakap kita kena buat muka confident walau tak confident, itu yang penting. 'Uncle, rilex la. Tarik nafas. Lepas. Uncle bukan patient saya yang pertama tau. Dengan muka confident sengih2 dekat uncle. Padahal uncle tu patient yang kedua. Wakaka =D
Peristiwa ngeri masa blood taking, jarum terkeluar dari vein, heh~ pasal tangan tak boleh support needle tu yang tercabut. Pergh~ nasib baik darah tak memancut - mancut. Kalau tidak, boleh tergolek aku dari kerusi tu. Maaffffff sangat ye uncle - uncle semua sebab terpaksa cucuk 2 kali. Sakit woooo.
Paling best bila buat dressing, habis semua patient aku tonyoh - tonyoh masa cuci luka dorang. Kawan aku cakap tiap kali masa aku buat dressing muka aku langsung tak ada perasaan. Siap muka patient habis berubah berkerut - kerut tahan kesakitan. Motiif aku satu aje, kalau tak cuci bersih - bersih, mana nak cepat sembuh luka tu. Jadi aku cuci sambil gosok - gosok swab tu dengan niat mahu luka tu cepat sembuh. 'Uncle, tahan sikit sakit tu, saya terpaksa cuci bersih. Saya tekan sikit uncle'. Yeah~ semoga luka uncle cepat sembuh ^____^
Yang mengejutkan aku ada dua orang MA ni, pergh~ cekap betul masa buat blood taking. Teringin nak jadi secekap diaorang berdua. Tangan dia cepat, pantas dan tuntas. Lain pulak jadinya bila MA yang sorang ni dok buat lawak dengan patient, kesian la pulak aku tengok. Kadang nak tergelak pun ada. Masa perform catheterization pon dok sempat buat lawak lagi. Dia cakap 'saya ni buat dah tak sterile lagi sebab saya dah tak ingat'. Masa kerja dekat Accident & Emergency Department pun memang buat tak sterile sebab nyawa paling penting bila dibandingkan dengan steriliti. Jujurnya (-___-') Hahaha. Paling tak tahan gelak dia boleh buat lawak sambil cakap 'nak saya buat procedure ni cepat ke lambat?' Apakehal pulok dengan dia ni? Adeh~ dah la time tu hari last, aku nak balik cepat. Boleh pulak buat lawak. Apapun aku respect staff dalam tu, majoriti ramah - ramah sokmo.
Paling kelakor time buat IM injection. Nak pecah perut gelak dengan member. Macam - macam cerita keluar. Ada yang terhincut - hicut keluar lepas kena inject. Ada pulak yang tak puas hati dengan doktor. Baru complaint sebab migrain, doktor terus order IM Voltaren. Terus taubat tanak jumpa doktor dah lepas ni.
Malam ni rasa rindu pulak nak practical dekat situ lagi. Haih~ mula lah nak start jiwa kacau. Ni kalau tak diubat makin parah.
P/s: Minggu ni pulak pergi denggi ward. Heh. Tahniah aku ucapkan dekat diri aku sebab bakal menghadapi mimpi - mimpi ngeri yang lagi dasyat sampai takleh tidur = |
2 comments:
Saya tabik spring pada org yg boleh tengok darah. :D
Saya gerun tgk darah, apatah lagi mangsa eksiden. -___-
Hahaha : D Kena pura2 berani tengok darah walaupun dalam hati takut.
Post a Comment