Thursday, September 29, 2011

Jangan pernah ucap selamat tinggal

Salam'alaik


Terkadang perjalanan hidup yang panjang perlu juga dihiasi dengan tangisan agar kita tahu bahawa hidup ini bukan untuk ketawa sahaja, malah itu untuk membuktikan bahawa kehidupan itu sukar untuk diharungi tanpa kekuatan dari Allah bagi insan yang bernama manusia macam aku. 
Aku lemah tanpa kekuatan- Mu ya Allah. 

Tanpa pengorbanan bukan kehidupan namanya. Tanpa kasih sayang Allah juga tiada makna suatu kehidupan. Lahirnya seorang bayi atas kasih sayang Allah juga. 
Kerana kasih sayang juga seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat anaknya membesar dengan sempurna dihadapannya. 
Kerana kasih sayang juga seorang bapa sanggup berhujan panas memberikan perlindungan anak kecilnya. Sehingga akan sampai suatu masa dimana ibu dan ayah itu terpaksa pergi meninggalkan anak - anaknya yang masih kecil untuk menjadi tetamu Ilahi. 

Buat insan yang bernama Muhamad Nasir bin Sadi dan Siti Halimah binti Mabeni, jangan pernah ucap selamat tinggal buat anak - anakmu kerana mereka masih memerlukan kasih sayang yang Allah kirimkan melalui kehadiranmu. 

Malam yang hiba sambil ditemani airmata yang berguguran jatuh ke bumi. Berhempas pulas aku menahan ia supaya berhenti mengalir, tetapi nasihat yang kalian kirimkan kepadaku telah menyebabkan tangisan ini tidak berhenti mengalir malah semakin deras.

Nurul janji selagi nyawa yang Allah pinjamkan ini masih panjang, Nurul akan jaga adik - adik macam yang Nurul janjikan selama ni. 
Semoga Allah sentiasa berada bersama emak dan ayah disana. 
Nurul pernah cakap dekat emak kan yang nurul teringin nak pakai jubah yang emak beli dekat Mekah, tapi itu gurauan semata - mata. Cukuplah kepulangan emak dan ayah disisi Nurul setelah selesai mengerjakan haji di sana. Itu merupakan hadiah terbesar dari Allah buat Nurul. 




P/s: Akan mengingati serta merindui kehadiran kalian dalam setiap nafasku. Semoga Allah jaga emak & ayah di Mekah. Perpisahan didunia yang sementara, diakhirat kita bakal berjumpa untuk selamanya. Tak lupa juga doa Nurul semoga emak & ayah mendapat haji yang mabrur. Amin.

3 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Semoga tabah.. Jangan menangis..:_)

Musafir cahaya said...

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Masya-Allah...

Kuatkan semangat,akak boleh! Insya-Allah

^_________________________________^

p/s:Err,nak terkoyak bibir ni cenyum panjang syangat hehe..

La tahzan ukhti fillah,Allah ma'ana
:')

Sayyidusshuhada said...

@ Naim: Terima kasih. InsyaAllah. Allah sentiasa berada di sisi orang yang bersabar.

@ Syuhada: InsyaAllah : )
P/s: Syu, kalau boleh senyumlah dengan selebar - lebar senyuman ^^

:' )