Wednesday, August 03, 2011

Suatu repekan bertaraf sampah

Salam'alaik


Allahuakbar.
Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni. 
Keliru. Celaru. Sedih. Sebak.
Seolah olah diri ini umpama orang yang hilang arah dan tujuan hidup. Padahal hidup ini hanya ada satu matlamat iaitu beribadat kepada Allah. Biarlah apa yang kita buat, jadikannya ibadat. 
Belajar untuk mendapat redhanya.
Tapi aku? Macam mana nak dapat redha-Nya kalau Sem 5 ni pun tak ada semangat nak belajar. Aku sedang musnahkan masa depan aku perlahan - lahan. Semuanya hilang umpama ditarik tanpa sedar. Rasa malas yang melampau lampau. 
Hilang tumpuan semasa belajar. Hilang penghayataan semasa belajar. 
Semalam pun rasa diri ni terlalu berat langkah untuk pergi print note untuk subject sem ni. 
 Astagfirullah. 
Aku sedar yang aku dah mula menoreh hati emak bapak aku perlahan lahan tanpa sedar. Semuanya bermula dari dalam diri. Kadang - kadang aku terfikir selama aku hidup di dunia ni apa yang aku nak?
Bibir selalu ungkapkan untuk dapatkan redha Allah & ibu bapa. Tapi hati macam mana? 
Kesilapan besar yang pernah aku lakukan adalah menipu diri. Bayangkan kalau kita menipu diri sendiri, sapa yang rugi? Pasti diri sendiri. Bukan orang lain.



Perasaan kosong yang pernah menghentam diri aku, rasa penyesalan yang menikam kehidupan, beban masalah dunia yang dipikul, Allah~ 
Aku cuba luahkan pada sahabat, tapi pengakhirannya aku tak tahu macam mana nak ceritakan apa yang terpedam dalam diri. Macam mana aku nak terangkan semua ni sedangkan aku sendiri tak dapat nak ceritakan apa yang terjadi pada hati aku.
Aku menyesal. 
Mungkin itu sahaja yang mampu aku luahkan. 
Aku menyesal dengan kata - kata dan tindakan aku. 
Seandainya aku dapat maafkan diri ini, aku masih mencubanya walaupun itu tak akan terjadi. Mana mungkin hati yang pernah hancur dengan tidakannya dapat diperbaiki semula?


P/s: Jangan pernah untuk ungkapkan perkataan 'kalau' kerana ia tak mungkin terjadi selagi kita tak berusaha untuk mengecapi ke arah suatu yang pasti. 


P/s: Tolong hiraukan sampah ini.


6 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Jadi sampah seperti tisu. ...

kekadang tisu hanya alas benda kotor. tetapi ia sangat berguna pada diri kita sebenarnya

kenapa nie Farhanah? jangan dok stress..


^^
mai dengar lagu ini
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/08/nazrey-johani-muslimah.html

semoga tenang.. di bulan mulia ini banyakkan berdoa .. semoga hati akan tenang.

Menapak kubur said...

Kekosongan itu juga suatu ujian drpd Allah..
Allah tidak suka hambaNya yang suka mengeluh apabila DIA berikan ujian, cuba kurangkan mengeluh, kurang menyebut perkataan kosong, kurang semangat atau apa2 y melemahkan semangat kerana psycology kite mudah trikut dengan kate2 y kite lontarkan ke dlm hati..

Walaupun mungkin hakikat kite kurang bersemangat atau merasakan diri semakin tidak berguna, tetapi tetap teguhlah untuk trus memberi sokongan kpd diri sndiri krn berbanding org laen, hny kite y lbh memahami diri kite..kalau bkn kite y memberikan semangat kpd diri kite maka siapa lg y mampu??

Dugaan itu hanya lah sementera kurniaan Allah untuk menguji hati hambaNya, maka dekati lah Allah agar terus tenang..

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah jiwa akan tenang."

Semangat2 Farhanah, Takbir!! Allahu akbar..
Senyum sikit, senyum banyak, senyum lebar, teruskan dengan senyuman.. =)

Farhanah boleh!!!

yada yada said...

Tahukah anda cara mencari motivasi diri? Lihat sekeliling n lihat diri sendiri. Motivasi kadang2 perlu dicari, tidak boleh ditunggu takut tak kunjung tiba. :)

One of my biggest motivation contributor is this person; Allahyarham Mas Afzal.

Read his story through out his blog.

http://masafzal.blogspot.com

P/s: I almost cry when I read his entry. Semoga bermanfaat. :)

Sayyidusshuhada said...

Naim: Alhamdulillah. Dah stabil sekarang.

Saya dah dengar lagu tu. Menenangkan. Sejuk mata memandang wanita solehah.

InsyaAllah. Di bulan mulia ni kita cari bekalan banyak2 untuk ke sana.

Sayyidusshuhada said...

Kak Azira: Astagfirullah. Kelu seketika. Bila muhasabah diri sendiri baru lah perasan diri ini terkadang lupa untuk bersyukur dengan setiap nikmat tersirat yang Allah berikan.

Allahuakbar. Terima Kasih kak Azira. Kadang semangat manusia boleh turun naik begitu sahaja. Perlukan semangat dari sahabat macam akak. Senyum semampu yang boleh ^____^

Sayyidusshuhada said...

Nik: Motivasi kejap timbul, kejap tenggelam. Itu payah sikit. Bila diberi ujian sikit dah cepat putus asa. Menangis.

Terima kasih untuk linknya :) InsyaAllah nanti saya berkunjung di sana.

P/s: Menangis itu perlu untuk membuktikan manusia ada perasaan. InsyaAllah.