Salam'alaik
Dunia ini terlalu banyak dugaan dan hanya yang mampu bertahan sahaja akan teruskan perjuangan kehidupan dengan yakin tetapi beringatlah andai ujian datang kepada kita ia adalah kerana Allah masih mengingati kita. Tabah dan sabar bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kalau suatu ketika dahulu aku lemah dan hampir - hampir rebah serta tersembam ke tanah lalu Allah kirimkan sahabat datang ke dalam hidup aku untuk memberi semangat supaya aku terus bertahan, supaya aku kuat semangat, supaya aku berani untuk meneruskan perjalanan. Dan yang paling penting supaya aku tak takut untuk melakukan perubahan. Aku mengakui saat itu aku tiada kekuatan untuk berubah malah aku lemah.
Kalau dulu bermacam - macam masalah yang aku hadapi sehingga aku tidak dapat temui jalan penyelesaian. Aku merangkak tercari - cari arah. Aku buntu. Akhirnya airmata yang membasahi pipi.
Segala yang terpendam aku luahkan.
Saat itu aku sedar bahawa masih ada insan yang tabah. Orang yang disayangi meninggal dunia. Malah dia ejek kawan - kawan kerana pemakaiannya. Sekali diuji, lalu diuji lagi. Betapa tabahnya dia. Berbeza sama sekali dengan aku. Allahuakbar. Masih merinduinya =' )
Betapa sukarnya aku melangkah untuk aku lawan arus. Perlahan lahan aku kayuh. Tetapi aku dapat rasakan betapa indahnya berkawan dengan dia. Bertemu tetapi tak pernah bersua muka. Senyum tanpa berkata - kata. Kenangan yang terlalu manis dan lukisannya tetap terlakar indah di hati.
Sekarang bila semuanya stabil, lalu sahabat itu ingin meneruskan perjalannya. Membawa diri. Betapa terkejutnya pada masa itu. Pelbagai persoalan bermain di minda. Seolah - olah aku kehilangan sayap untuk terbang. Saat itu juga aku terpaku. Tidak mampu rasanya untuk aku teruskan penulisan ini.
Rindu jiddan ^^
Jika ada musuh yang boleh mendekatkan kamu kepada Allah, maka hal itu lebih baik daripada teman akrab yang menjauhkan kamu daripada Allah.
P/s: Salam Ramadhan wa Eid al - Fitr. Ishtaq elaiki ya ukhti =' )
2 comments:
Salam Farhanah. Sihat tak? lama x nampak di fb. maybe busy kan.
Di sini. naim nak ucapkan selamat hari lebaran yg akan datang
ampun maaf selama perkenalan kita ada naim menguris hati farhanah sama ada sedar @ tidak ya
p/s: raya nie mai umah.. ^^
Waalaikumsalam naim. Alhamdulillah sihat. Makin banyak kerja dan tanggungjawab bila umur meningkat. :)
Saya pun minta maaf salah dan silap saya. Tak lupa juga saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
P/s: InsyaAllah : )
Post a Comment