Saturday, June 18, 2011

Sebelum nafas terhenti 3

Salam’alaik


“Nurul terima siapapun pilihan hati mak dengan ayah. Sebab pilihan ibubapa kita adalah yang terbaik. Bagi Nurul cukuplah kalau dia dapat bimbing kita sekeluarga ke jalan – Nya,” aku tersengih tanda malu. Aku tak kisah pun siapa dia, macam mana rupa dia. Redha ibubapa, redha Allah juga. Mungkin ramai yang tidak setuju sekiranya jodoh kita dipilih oleh ibubapa sendiri. Tak kenal, maka tak cinta. Kalau macam tu berkenalan lah masa dia dah jadi yang halal buat kita.

Cukup bagiku kalau mencari jodoh itu ada dua pilihan. Jadilah orang yang baik atau ikutlah pilihan orang yang baik. Namun bukan mudah untuk jadi orang yang baik. Aku cuba sehabis mungkin. Nampaknya aku masih merangkak - rangkak. Lalu aku memilih pilihan kedua. Ikut pilihan orang yang baik iaitu ibubapaku.

“Tengahari ini keluarga dia nak datang rumah kita. Nurul masak ye untuk makan tengahari ni,” pinta emakku. Aku terkejut. “Cepatnya nak datang rumah,” jawapku. Ayah hanya tersengih. Lekas – lekas aku bangun ke dapur untuk sediakan apa yang patut untuk tetamu istimewa mak dengan ayah.
---

“Ini ole - ole saya dari sana untuk Nurul,” bicaranya sambil diserahkan sepasang kain telekung, sejadah dan tasbih. Dia senyum. Lengkap semuanya warna hijau. Semua mata memandang ke arahku. Mereka tersengih – sengih sesama sendiri. Lalu ku ambil perlahan – lahan darinya. “Terima kasih,” balasku. Aku masih malu untuk memanggil namanya.

Tak banyak yang kami berdua bicarakan semasa majlis taaruf petang tadi. Aku hanya senyap. Cuma dia sahaja yang galak bercerita tentang kisahnya diperantauan dengan ayah dan emakku. Seronok sangat gamaknya sampai ayah ketawa. Katanya lagi dia kempunan nak makan tempoyak. Petai, jering, ikan masin. Semua makanan kampung yang digemarinya. Nampaknya lepas ni aku kena sesuaikan diri dengan bau makanan itu. Aku hanya senyum.

Solat zohor dan asar tadi diimamkan oleh dia. Ayah sempat memuji suara dan bacaanya yang lantang. Dia tersengih – sengih malu. Sebelum pulang dia sempat nasihat kepada diriku. “Manusia bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Jadi yang halal dulu. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, mesti ada rasa tanggungjawab. Utamakan cinta Allah, cinta rasul, cinta agama dan cinta ibubapa. Jaga iman baik – baik,” dia senyum lagi. Sinar matanya diselindungi dengan cermin matanya.
---



Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa,
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran,
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup,
Ingatlah! 


Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum,
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala,



Wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah, wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah, wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah.

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah. Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.




Ingatlah wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:



Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak. Dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:



Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.




Wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah 

Tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh. Sehingga sampai satu masa kelak kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai Nurul Farhanah Bin Siti Halimah,
Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air nabi adalah benar. Ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya. Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar. Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak

diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.



Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi

rabbil alamin.



Kedengaran derapan tapak kaki manusia mula meninggalkan langkah. Aku dapat tangkap bacaan itu. Itulah talkin. Ayat yang dibacakan pada setiap mereka yang sudah meninggal dunia. Jadi aku sudah meninggal dunia? Ya Allah bantulah aku. Sesungguhnya dosa – dosaku melebihi amalan aku. Tubuhku menggigil ketakutan. Apakah aku bakal ditidurkan sehingga hari kiamat atau aku bakal diseksa sehingga hari kiamat? Airmataku mulai mengalir laju mengenangkan dosa – dosa silamku.

Bagaimana dosa – dosaku terhadap tuhanku, kedua ibubapaku, dosa – dosaku terhadap sahabat – sahabatku, dosa – dosaku terhadap saudara – saudara Islamku? Sudah ramai jiwa manusia yang telah aku lukakan. Betapa jahilnya aku hidup di dunia ini. Kini aku menyesal. Aku belum sempat bertaubat. Namun kekesalan ini tak akan pernah mengembalikan aku semula ke dunia.

Airmataku deras mengalir membasahi pipi. “Astagfirullah hal azim. Rupanya aku bermimpi,” aku kerling jam di dinding bilik tidurku. Tepat pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang dan waktu untuk aku membersihkan dosa – dosa lamaku. Derasnya airmata yang gugur. Seperti mentarbiyah hati yang makin kusam dan kabur dilitup kekhilafan manusia hina.

Teringat Kak Dalila berpesan kepada diriku “sebelum tidur baca ayat kursi , 4 Qul (al-ikhlas 3x) , selawat banyak - banyak, istighfar 100x , kalimah thoiyyibah sebanyak yang mampu (lailahaillallah), dan muhasabah diri. Lailah sa'adah. Terima kasih kak.

Handphone disebelah badanku bergetar menandakan ada mesej masuk. Perlahan - lahanku buka.

"Bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah solat tahjud pada - Nya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu pada hari akhirat ditempat yang terpuji. (Al - Isra' : 79) 

Alhamdulillah. Kak Dalila mengingatkan aku untuk bertemu dengan Penciptaku. Lebih kurang setahun aku mengenali dia. Telah banyak dia membantu aku untuk berubah mengenali Penciptaku dengan lebih dekat. Walau tak pernah bersua muka tapi aku tahu dia wanita yang berhati mulia. Nasihatnya masih utuh didalam hati.  


"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji  bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hamba - Mu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".

Usai solat subuh aku sempat hadiahkan ummul kitab al – Fatihah buat insan yang pernah membantu aku. Muhammad Harith Haziq bin Khadri, terima kasih kerana mendermakan tulang sum – sum kepada saya. Semoga roh kamu ditempatkan ditempat orang yang beriman dan beramal soleh,” bisik hatiku.

Cepat – cepat aku kemas pakaianku ke dalam beg. Aku dapat cuti seminggu untuk menghabiskan sem 4 tahun ini. Bulan depan dah masuk sem 5. Rasa macam baru semalam aku mengharungi saat – saat getir. Rasa gembira bercampur terharu kerana hari ni abang sulungku, Muhammad Izzat yang katanya mahu mengambilku di perhentian bas Butterworth. Semoga perjalananku selamat sampai ke destinasi. Doaku semoga aku sempat mencium dahi emak dan ayah di atas bumiMu ya Ilahi sebelum nafas terhenti.


“Kullu nafsin za iqatul maut” - Setiap yang bernafas, pasti akan mati” 



P/s: Hihi? =|

5 comments:

Musafir cahaya said...

"kumerintih,aku menangis,kumeratap,aku mengharap,kumeminta dihidupkan semula,agar dapat kembali ke dunia nyata"

-lagu Menanti di barzakh oleh Far East-

Masya-Allah,pandai akak menulis.Akak guna nama sendiri membuatkan saya menyangka bahawa itu adalah kenyataan,( T_T oh,harapnya tidak)

Haha,teruskan menulis ^_^

Sayyidusshuhada said...

Hati hiba mengenangkan dosa - dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah,
Taubatku ini.


(Taubat seorang hamba-Irsyadee ft Hafiz Hamidun)

Terima kasih dik syuhada^^ Kalau apa yang akak tulis ni betul macam mana? =|

InsyaAllah selagi kudrat masih ada, akan akak teruskan perjuangan ini. Doakan akak dik : )

Musafir cahaya said...

"kalau apa yang akak tulis ni betul macam mana?"

T_T wuwuwuwuwuwuww,jangan cakap macam tu

^__^ Ok,semoga akak berjaya dunia akhirat.Insya-Allah.

Sayyidusshuhada said...

Senyum dan tak mampu berkata apa - apa.

Amin : )

InsyaAllah. Kamu juga ^^

Sayyidusshuhada said...

Senyum dan tak mampu berkata apa - apa.

Amin : )

InsyaAllah. Kamu juga ^^