Salam'alaik
Malam - malam selalu fikiran berserabut + jiwa kacau. Lepas solat isyak termenung depan laptop. Pergi dapur bukak peti sejuk. Cari makanan. Tengok baldi penuh dengan baju berlonggok.
Bertambah serabut fikiran.
Aishhh~ ada aje yang tak kena.
Dah berpaket - paket nescafe aku minum tapi masih blurrr~
Nak turun melepak kat tepi laut pun payah malam - malam ni.
Bahaya!
---
Kampung oh kampung!
Makin terseka jiwa.
Allahuakbar.
Betul - betul rindu dengan mak.
Tak tahu la nak cakap apa dah.
Sebab selalu blurrr =|
---
Petang tadi tengok video orang kat oversea ucapkan terima kasih dekat mak. Aku pulak yang ter-over nak menangis. Kesat - kesat hingus la.
Menjijikan betul!
Aishhh~
Tolonglah!
---
Terima kasih mak. Anak emak ni dah besar rupanya. Dulu asyik berkepit dengan emak. Sekarang kalau balik kampung aje boleh kepit. Itupun mak marah sebab selalu sangat berkepit. Sampai nak pergi pasar pun pegang tangan emak lagi. =' (
---
Kenapa entah. Aku selalu rasa kosong. Tiap - tiap hari rasa kosong. Mimpi pun kosong.
Nak berjalan dekat jalanraya pun nampak kosong.
Masa makan rasa kosong. Masa basuh baju rasa kosong.
Semuanya rasa kosong!
:' (
P/s: Selamat malam. Hari ini aku rasa kosong. Bye~~~
9 comments:
Kosong tu bukannaya pembatas. Kosong tu maksudnya boleh diisi.
Isilah kekosongan tu. :D
Dah disini. Tapi masih kosong.
Umpama nak siram pokok bunga. Lalu di isi air di dalam bekas penyiram bunga. Tapi tak perasan bekas tu berlubang. Sia - sia.
Usaha pun masih gagal.
*diisi
Carilah lubang tu dan tampalkan ia. Kemudian isi kembali. :D
Baik. @_____@
Akan berusaha menampal lagi selepas ni.
ya allah sdih nye
@ Aishah: Akak tak sedih pun. Tengah senyum ni. Tengok : )
heheh.. huaa ska senyuman akak hehe.. kita blas alek :-)
Hihi ^^
Lawaklah kamu ni : )
Post a Comment