Salam'alaik
Terkadang aku berfikir sebenarnya apa yang manusia mahukan di dunia ini? Bukan untuk aku pertikaikan kehendak mereka tetapi aku lebih suka melihat dan menilai sikap manusia yang berbagai - bagai ragam di sekeliling lalu aku muhasabah diriku yang jahil. Sekarang biar aku bertanya pada diriku sendiri. Perlu ke cinta insani seperti mana yang aku lihat manusia mulai mabuk menjulang cinta suci mereka demi memenuhi kehendak nasfu/ keperluan harian/ punya sebab tersendiri?
Jujur dan ikhlas jawapan aku adalah tidak perlu buat masa sekarang kerana aku punya sebab tersendiri kenapa aku berkata sedemikian. Disini bukan aku menolak 100 % cinta insani kerana itu adalah fitrah yang dikurniakan Ilahi. Rimas rasanya kalau berjuta - juta soalan menyerang aku dan menghentam diri aku. Kenapa sombong dengan lelaki? Kenapa jual mahal sangat? Kenapa kenapa dan kenapa? Jadi jawapan aku adalah aku lebih suka senyap + diam sahaja. Itulah jawapan orang pemalas macam aku. Jangan buat contoh okeh.
Bukanlah niat aku untuk membenci kaum adam kerana ayah aku juga lelaki, abang aku juga lelaki, adik aku juga lelaki, pak cik aku juga lelaki dan rata - rata saudara mara aku lelaki malah Nabi Muhammad SAW juga lelaki. Maka tiada sebab untuk aku membenci lelaki. Aku sayang kaum adam. Dulu masa aku sekolah memang aku dah biasakan diri aku untuk tidak menyapa lelaki kecuali ada sebab - sebab tertentu. Pendiam. Itulah sifat aku. Aku berpegang pada prinsip diam itu lebih baik. Pada mana - mana lelaki, aku bukanlah perempuan yang sombong bila aku tak menegur kamu tetapi aku ingin menjaga cinta aku dengan tuhan aku. Dan pada mana - mana yang terasa dengan aku, aku mohon maaf sebab aku manusia yang ada dosa dan salah silap.
Sebenarnya apa yang aku cari dalam dunia ini? Emas? Berlian? Pangkat? Harta? Tidak. Bukan itu yang aku cari. Aku masih tercari - cari cahaya Ilahi yang mampu membawa keluarga aku dan aku ke syurga-Nya. Sesungguhnya aku manusia yang jahil dan aku sedar itu. Kalau kalian cakap fikiran aku kolot atau ketinggalan zaman sekalipun itu tak akan pernah merubah aku. Aku masih dengan pendirian aku sendiri. Kalau masih ada yang mempersoalkan keadaan aku sekarang, aku hanya mampu senyap kerana aku sudah menyusun peta hidup aku sendiri.
Mungkin aku boleh ceritakan lakaran peta hidup aku disini memandangkan aku pun tak kenal sapa followers yang follow blog sampah aku dan aku mohon doa kalian semua. Aku dah buat target lepas aku habis study nursing ni kira - kira bulan 6 tahun hadapan aku nak pergi buat umrah dengan mak + mak cik aku. Dengan berbekalkan duit elaun setiap bulan rasany cukup kot. Lepas tu aku nak habiskan kontrak aku dengan goverment kerja kat hospital 4 tahun dan aku nak sambung belajar amek post basic bahagian ICU dan kerja kat unit ICU. Dalam pada masa yang sama sebelum mati aku ingat nak menjejakkan kaki sekali lagi untuk menunaikan haji. Harap - harap aku hidup lagi time tu. Sebenarnya aku agak segan nak bercerita bab personal dalam ni. Tapi, arghhh pedulikan. Aku tak kenal sapa - sapa dan dorang pun tak kenal aku. Aku cuma harapkan doa kalian yang membaca entry ini.
Akhir sekali, aku doakan buat sahabat - sahabat seperjuangan aku dan sahabat yang lain yang bakal/ ingin membina baitul muslim tak lama lagi semoga kalian bahagia dengan pilihan masing - masing di dunia dan akhirat. Mudah - mudahan Allah bakal mememudahkan urusan kamu semua. InsyaAllah. Buat aku juga, jangan lupa doakan aku selamat men. Kahkahkah =D Selamat apa? Selamat menjadi staff nurse dan rajin - rajin bekerja di hospital.
Jom renungkan setiap bait lirik lagu ni.
Maaf.
Walaupun aku budak hingusan, tapi aku tak jiwang okeh =|
P/s: Siap satu karangan panjang. Hidup tanpa cinta Ilahi ibarat tergantung dan terabai. Pernah rasa? Serius kosong. Errr, bukan - bukan. Takpe lah. Aku lemah bab peribahasa ni. Okeh. Wassalam'alaik : )
2 comments:
Ameen,ameen allahumma ameen.
Walau hanya karangan panjang,tak tahu kenapa ada 'something' yang saya rasa di dalam jiwa.Huhu,mungkin sebab akak tulis dari hati maka terjatuh juga ke hati saya... ^__^.
Alhamdulillah. Terima kasih dik syuhada : )
Semua ni keluar dari hati. Luahan hati yang mungkin tiada siapa yang dapat memahami.
Jatuh hati dengan akak erk? Akak pun dah jatuh hati dekat kamu. Hihi. Gurau aje : D
Allah lebih memahami hati hamba - Nya. Jaga diri. Jaga iman : )
Post a Comment