Salam'alaik
Terasa suatu kehilangan. Terasa suatu kehampaan. Terasa suatu kesunyian.
Namun apakah daya kesemua perasaaan ini harus dilontarkan sejauh yang mungkin. Makin dilayan, makin bergelora jiwa ini.
Di sini kisah itu bermula. Kisah seorang budak perempuan dengan cerita di alam maya. Biarkan tangisan suka duka aku disini. Tinggalkan aku diteratak sepi ini.
Aku mengenali Iluvislam sejak terbaca post dalam facebook berkenaan indahnya Islam itu sebenarnya. Aku mula tertarik untuk terus menghayatinya dengan lebih mendalam. Tak sangka Iluvislam ada forum. Mula dari saat itu aku suka membaca artikel yang dikeluarkan. Lama - lama perasaan aku untuk menjadi salah seorang forumer untuk berforum dalam Iluvislam makin mendalam. Berkali - kali aku sign up akhirnya dapat jugak aku gelaran member Iluvislam. Dengan menggunakan nama samaran 'akusunshine' aku mula berforum. Tapi sayangnya baru nak berforum, Iluvislam sudah berubah wajah. Berubah dan bertukar wajah.
Masa pertama kali join Iluvislam. Cute aje. Haha.
Pertama kali tengok KILI agak terkejut jugak sebab dulu forum yang berwarna pink bertukar warna biru macam pesbuk.
Sejak dari tu aku jadi silent reader. Cuma jenguk dari jauh. Bila bosan aku selalu bukak KILI & baca komen forumers. Dalam hati aku terdetik 'syok jugak berforum ni'. Lama kelamaan semangat nak berforum makin berkobar - kobar. Sekali lagi aku cuba buat account baru dengan menggunakan nama samaran "lobak merah" untuk join KILI. First tu tak menjadi. Banyak kali aku cuba. Akhirnya menjadi. Tapi dah bape banyak account aku dalam tu pun aku tak tahu.
Ni time baby dulu. Muncung sedepa.
Masa mula - mula dapat pegang tittle 'lobak merah' aku jadi happy tak tentu arah. Hahaha. Aku mula post bermacam - macam lagu nasyid favourite aku. Dah akhirnya kegembiraan aku terhenti kerana ditegur oleh Moderator dalam tu sebab suka bukak thread baru semata mata nak post lagu. Lagi satu aku tak mematuhi peraturan untuk bukak thread baru. Biasa la kalau budak baru, macam - macam dibuatnya dalam tu. Happy tak terkata. Serius aku happy dalam tu walaupun kena tegur. Banyak yang aku dapat belajar dari situ. Entah dah berapa banyak ilmu yang aku dapat kutip dalam tu, dapat berkenalan dengan ramai kawan, dapat hadiah istimewa dari seorang kawan. Lukisan yang mendatangkan seribu pengertian.
Kat sana aku kenal Kak Wan Ct Eyeshah, Kak Asniza, Bro Ikhwan, Kak Poie Pokan, Bro Harakah Islamiah, Bro Naim, Dik Pelajar, Oh Cintaku Laptop, PendambacintaNya, Mapplestree, Wardatul Islam
Masa kenal dengan Kak Eyeshah, aku pernah minta pendapat dia tentang hati. Dia baik. Sempat lagi balas mesej aku walaupun dia sibuk.
Dalam KILI aku suka baca komen - komen Bro Pendakyahraya, Bro Leokidz & Bro Thekatyusha. Komen dorang best dan berilmiah. Banyak isinya. Paling hot Bro Pendakyah sebab majoriti komen dia memang menusuk kalbu. Siot sedap sapa yang terkena syarahan dia. Rasa macam tanak masuk KILI dah. Yang paling kelakar komen Bro Deslim sebab banyak spam dan suka sakat user. Kadang - kadang aku sengih sorang - sorang baca post dia. Tapi aku tahu dia baik. Hahaha=D
Orang pertama aku kenal Bro Ikhwan, dia banyak bagi tunjuk ajar masa aku mula - mula join forum. Status dia banyak mengingatkan aku tentang hukum - hukam dalam Islam. Dia ada share dengan aku ayat Ruqyah. PendambacintaNya, budak yang giler - giler sikit. Kelakar. Kadang tak faham gak apa yang dia conteng kat wall aku. Rajin minta pendapat aku walaupun pendapat aku ni taraf kain kesat kaki. Belajar rajin - rajin ye dik. Jaga solat. Ingat pesan akak.
Bro naim yang aku kenal, masa aku tengok & baca karya puisi dia. Tapi aku bukan jenis yang jiwang karat =D Budak ni kaki sebar video Ustaz Kazim. Penuh video pasal ceramah agama dalam KILI. Dia punya kerja la tuh =D Bro Harakah Islamiah, budak ni aku rasa macam pernah bertikam lidah dengan dia dalam forum. Kalau tak salah topic bertudung. Arghhh, cerita lama kalau diungkit makin nak tergelak. Sayu pun ada sekarang.
Lagi satu Bro Rusydee Artz komen dia kadang - kadang nak tergelak gak bila baca. Aku suka baca komik dia. Karton yang dia lukis cute.
Abang Oh Cintaku Laptop. Kacak. Peminat tegar linkin park. Juga peminat otak. Owh dasyat. =D
Kenangan manis dengan adik manis. Sapa lagi kalau bukan dik Pelajar. Dia rajin melukis untuk KILI. Paling suka karya terbaru dia.
Terima kasih semua.
--------------------------------------
Tapi keadaan sekarang umpama berada dalam mimpi ngeri. Sebaik sahaja aku bukak KILI terpampang gambar ini. Aku sendiri tertanya - tanya. Apa yang dah berlaku? Betul ke KILI bakal ditutup? Aku ingat sekadar khabar angin sahaja. Tapi . . .
(Speechless)
Iklan ni betul - betul mimpi ngeri. Tak payah pandang lah.
Serius. Aku rasa macam baru selama aku join KILI. Baru semalam aku komen post kawan - kawan dalam tu. Apa ni?
Aku ingat aku akan terus berforum sebab itu hobi aku. Sebahagian dari aktiviti aku. Kini tinggal kenangan.
Aku terharu sebab perjalanan dalam tu banyak membawa kenangan yang terindah.
Apapun kena tabahkan diri dengan apa yang bakal terjadi. Jangan berduka kalau manusia mengecewakan kamu. Jangan bersedih jika manusia melukai hatimu. Jangan menangis jika manusia memungkiri janji mereka. Sebab Allah akan selalu menunaikan impian yang terbaik buat kamu dan Allah bakal menitipkan penyembuh buat merawat luka kamu. Lagi satu, jika manusia menyayangi kamu, ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadap kamu.
P/s: Kenangan itu ada yang manis, ada yang pahit. Adoi, tak tahan nak nanges dah ni, jap nak pergi nanges bawah pokok sawit tepi belukar. Takde sapa yang nampak. Sekian terima kasih.
3 comments:
Terima Kasih sudi jadi kawan Naim
^^
Jangan sedih2 lagi
:)
aw aw . nama i ada lah
@ Akhi Naim: Sama - sama. Terima kasih juga sudi jadi kawan saya ^^
La tahzan. InsyaAllah : )
@ Dik Diba: Amboi : )
Post a Comment