Salam'alaik
Akhirnya dapat jugak aku membebel dalam blog ni. Boleh tahan agak lama aku tak update entry dalam blog. Sibuk. Sibuk. Sibuk. Dan semakin sibuk.
Ya, betul - betul sibuk sampaikan revision untuk final exam ni pun aku tak bukak buku lagi. Apa nak jadi entah.
Malam ni malam terakhir aku practical shift malam dekat Hospital Seberang Jaya dan mungkin lepas ni aku tak boleh nak membebel lagi dalam blog sampah ni. Aku nak campak lappy ni dalam tong sampah buat sementara waktu.
Dan hari ini aku rasa kehilangan besar bila seorang otai dalam KILI lenyap. Aku harap otai - otai lama dapat teruskan perjuangan mereka sebab kalau aku sorang aje dalam tu memang takde gunanya sebab aku banyak merepek dari bagi fakta. Kahkahkah=D
Esok pagi pulak terus balik kampung. Ohoiii, rindu giler kat kampung.
Ermmm~~~
Kesal dan menyesal.
Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Macam - macam benda yang bermain dalam kotak fikiran aku. Terkadang aku tak mampu nak zahirkan melalui lisan.
Mungkin dengan cara menulis aku dapat luahkan apa yang dah lama terpendam dalam hati aku.
Bilamana kita berada diatas, kita mendabik dada dan meludah orang bawah dengan kata - kata nista bercampur kejian dan cacian. Tapi untuk apa kita berbuat sedemikian rupa?
Nabi tak pernah ajar kalau andai saudara kita melakukan kesalahan, maka kita patut hadiahkan kejian bercampur kutukan. Manusia tak ada beza dan tarafnya. Jadi kenapa perlu bezakan mereka?
Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi dari kamu sebab suatu hari nanti kamu akan tahu betapa tingginya langit dan rendahnya bumi bila kamu jatuh tersungkur ditanah. Disitu kamu dapat lihat tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepada diri kamu.
Mari kita renungkan, kita adalah saudara, berdiri pada arah yang sama. Jadi kenapa perlu hidup berpuak - puak?
Opsss~Terbebel panjang pulak.
InsyaAllah kalau umur aku masih panjang untuk aku teruskan kehidupan ini akan aku teruskan perjuangan. Walau berpatahkan sayap bertongkatkan paruh, namun aku tetap akan teruskan matlamat aku. Andaikata ajal aku sampai, aku masih bersyukur kerana aku diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan.
Maaf pak cik google sebab aku copy gambar ni tanpa izin. Kahkahkah =D
P/s: Runtuhnya rasa kepercayaan orang lain pada diri kamu apabila kamu tak percaya pada apa yang kamu lakukan.
2 comments:
Perjuangan mesti diteruskan.. :)
Selagi kudrat masih ada = )
Post a Comment