Monday, February 14, 2011

Sesungguhnya Allah sangat mencintaimu


Salam'alaik

aku sekadar nak berkongsi apa yang aku baca
jom hayati !

Begitu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita . tetapi sedikit sekali kita bersyukur .
@ bila Allah memberimu petunjuk , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu .

@bila Allah memberimu kesempitan , kesulitan dan musibah , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu dan ingin mendengar suara doa dari bibirmu .

@bila A llah memberimu sedikit , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , Dia akan memberimu banyak lagi diakhirat .

@ bila Allah memberimu rasa redha , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , Dia memberimu nikmat yang terindah .

@ bila Allah memberimu kesabaran , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , Dia memasukkanmu dalam golongan orang – orang yang beruntung .

@ bila Allah memberimu keikhlasan , maka ketahuilah Dia mencintaimu , maka ikhlaslah kepada – Nya .

@ bila Allah memberimu cita – cita , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , Dia ingin kamu bersyukur .

@ bila Allah memberimu kesedihan , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , Dia sedang menguji keimananmu .

@ bila Allah memberimu harta , ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , maka janganlah bakhil kepada yang fakir .

@ bila Allah memberimu kefakiran , ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , maka Dia telah memberimu sesuatu yang lebih berharga dari harta .

@bila Allah memberimu lisan dan hati , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu , pergunakanlah dalam kebaikan .

@ bila Allah memberimu nikmat islam , solat . qiyam , shiyam , Al – Quran , tarbiyah , maka ketahuilah bahawa Dia mencintaimu . jangan kau abaikan dan kerjakanlah .

@ bila kau sudah tahu bahawa Allah mencintaimu , maka mengapa kau diam sahaja ? berikanlah seluruh cintamu kepada – Nya . 




"ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku, kerana aku mendengar namaNya saat bapaku berseru di telingaku. Dia yang menumbuhkan dagingku. Dan mengukuhkan tulangku. Dan sentiasa memaafkan segala salah silapku, tutur bicara mulutku. Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesiapa melebihi ALLAH. Aku tak menemui alasan untuk mengingkariNya. Hidup dan matiku segalanya untukNya"

p/s: setiap orang mempunyai alasan untuk melakukan kebaikan ataupun keburukan .

No comments: