Salam’alaik
Puasku campakkan batu – batu kecil itu ke laut
Namun hati ini masih tidak tenang
Aku bermonolog untuk mengimbas kembali ingatanku
Ku paksa bibir ini untuk mengukir senyuman seikhlasnya
Sahabat
Aku mengakui dulu dirimu pernah bertakhta di hatiku
Kerana kejujuranmu , ketulusan hatimu , kelakuanmu
Setiap detik getir pernah ku lalui bersamamu
Sehingga senyuman dan tangisan terukir bersama
Aku terlalu rindukan saat itu sehingga tanpa aku sedari pipiku basah
Ku tundukkan kepala
Kunci ditanganku menjadi basah
Batu dipegangan ku baling ke dalam laut
Perlahan – lahan tenggelam
Ku genggam surat yang pernah kau kirim kepadaku
Perlahan – lahanku baca
Hatiku tersentak dengan kata – katamu
Cukup indah sehingga aku berasa cukup terharu kerana keprihatinanmu
Aku ingin kau tahu
Persahabatan ini mengajar aku mengenal erti kata kesetiaan dan alasan kenapa hidup ini perlu diteruskan meskipun aku telah pergi dari hidupmu
Kau cuba menjaga hati naluriku sehingga kau membuatku cukup terluka
Sudahku katakan bahawa aku hanya perlukan kejujuran dalam dirimu
Menghapuskan airmata cukup senang
Namun luka dihati masih berdarah
Dengan berbekalkan keikhklasan yang kau ajarkan
Ku hapus semua luka itu dengan membawa diriku jauh darimu
Langit yang kebiruan bertukar menjadi kelam
Seingatku dulu
Kita lalui liku – liku kehidupan bersama
Sepanjang perjalanan hidupku , tak pernah ku temui insan seikhlas hatimu
Cukuplah erti kehidupan yang kau ajar
Ku akui
Sehingga sesaat ini
Aku masih sukar melupakan dirimu
Aku kesunyian , kesedihan , kekurangan .
Langit semakin gelap
Diri ini ku gagahkan untuk bangun semula
Meneruskan kehidupan yang masih panjang
Menunggu sehingga rohku di ambil Allah
Aku masih merindui dirimu wahai sahabat
eh ! puisi aku bukan ditujukan untuk mereka yang diatas , tapi untuk seorang sahabat yang pernah hadir dalam hidupku suatu ketika dahulu dan ku tinggalkannya demi kebaikan dia . rinduku ini cukuplah diubati dengan menatap 'TEDDY BEAR PUTIH' pemberian dia . owh tidak !
kepada housemate aku ,
"aku sengaja nak tayang gambaq hampa semua kat sini
hampa kan suka jadi glamour ! "
hahaha !
p/s: teringin menggubah ayat biasa menjadi puitis ! akhirnya siap jugak !
No comments:
Post a Comment