Alhamdulillah
dah kenyang
bersarapankan kentang goreng pada pukul 12:15 pm
kita berbalik kepada cerita semalam
apa ?
air dicincang tidak akan putus
---> ikatan persaudaraan antara dua orang yang ada pertalian darah tidak akan putus hanya kerana sebuah perselisihan faham
macam aku dengan abang aku
adeh ! malu aku nak bercerita kat sini
tapi aku berkeras nak tulis gak
-
-
-
dulu aku dengan abang aku tak berapa rapat
mungkin disebabkan dia duduk asrama , jauh dari perhatian mak dengan ayah aku
dia masuk asrama sejak form 1 sampai form 5
tapi masa form 5 lebih kurang pertengahan bulan 6 dia decide nak keluar asrama
atas alasan :
1.) nak amek spm
2.) takleh concentrate study
3.) ? ? ?
macam - macam alasan dia bagi kat mak dengan ayah aku
akhirnya dia dapat gak keluar asrama
tapi yang aku peliknya dia memang 100% berubah
argh !
tak sama macam dulu - sangat berbeza
dengan adik - beradik pon lain
dia lebih utamakan kawan - kawan
dengan mak & ayah ?
tak payah cakap larh
ermmm
sampaikan ada satu peristiwa tu
macam suspen je ? ( hahaha )
aku masih ingat sangat - sangat
masa tu aku form 2
pukul 2:00 petang kelas dah abes
aku tunggu larh abang aku kat pondok buku
menunggu dia amek aku sebab kiteorang pegi sekolah sama - sama naik motor , dia yang bawa aku
paling aku tak suka bila naik motor dengan dia
sampai je kat selekoh dia suka baringkan motor sampai lutut tu nak kena kat jalan tar
aku punya la takut time tu
tak pasal - pasal lutut aku pon sujud sekali cium lantai jalan tar
tiba - tiba dia berhenti kat pondok tu bawa kawan dia naik motor
aku punya la frust sampai menanges
dia suruh aku tunggu dia sebab dia nak hantar kawan dia dulu
argh ! tak aci ! aku nak balik rumah dulu !
pastu aku terus lari dari pondok buku tu pegi rumah mak cik aku
dengan mata yang masih merah
tersedu - sedu nanges
mak cik aku tanya kenapa aku menangis
aku senyap je pastu minta mak cik aku hantar aku balik rumah
sampai rumah abang aku marah - marah aku dia cari aku tapi tak jumpa
dia mula bengang
sekarang baru aku sedar semua tu kesalahan aku
kalau aku tunggu kejap pon takpe
tapi aku ada sebab kenapa aku buat camtu
ehem ---> aku tak suka kalau abang aku asyik utamakan kawan dia daripada family . bagi aku family tu lebih utama
-
-
-
ada lagi satu citer ni pasal abang aku dengan adik perempuan aku
argh ! aku rasa kesian sangat kat abang aku
dia kene marah dengan ayah aku
sampai dia menangis
benda kecik bila dibesarkan jadi huru - hara
tak perlu larh aku nak story ka sini
yang pasti kalau aku ada masa tuh aku memang back up abang aku
-
-
-
masa aku balik kampung hari tu
mak aku ada bagitau aku pasal abang aku
abang aku mengadu kat mak aku apa yang terpendam dalam hati dia
dia menangis
aku pon dah tak ingat mak aku bagitau aku
pasal apa entah
sebak aku dengar
-
-
-
sampai sekarang aku masih sayang kat abang aku
tapi aku malas nak tunjuk
sebab ?
bagi aku kasih sayang tu berkorban untuk orang yang kita sayang
cara aku berkasih sayang ?
argh !
aku bukan minah bunga nak bagi bunga kat orang - orang yang aku sayang
cara aku ?
senyap - senyap sudah
dengan cara mendoakan kebahagiaan orang yang kita sayang
cukup larh bagi aku
walaupon orang tersebut jauh dengan aku
jujurlah aku penah nanges kat kolej sebab aku SAYANG abang aku
sebab masa aku call mak waktu tu dalam kelas
mak cakap abang nak berhenti kerja
takde duit nak makan , belanja pon tak cukup , nak bayar bil air & electric lagi
tapi sampai sekarang elok je dia bekerja
yang paling terharunya bila dia meseg aku pagi - pagi
tu yang aku pelik
ehem - ehem
dia mula nak tunjukkan kasih sayang dia kot
hahahaha
apapon aku bahagia tengok dia bahagia
tunggu !
tiba - tiba aku teringat bait - bait ni
"Air yang dicincang tidak akan putus"
so aku pon dengan berbesaq hati bubuh tajuk entry kali ni dengan menggunakan bait - bait tersebut memandangkan aku sangat confused nak letak tajuk apa
p/s : tunjukkan kasih sayang anda kepada orang yang anda sayang sama ada secara senyap - senyap atau terang - terangan sebelum terlewat ! -__-'
No comments:
Post a Comment