Tuesday, March 26, 2013

Have a fantastic day


Bila aku tengok balik gambar2 lama, aku rindukan aku yang dulu. Tapi tiba2 muncul satu perasaan. Aku give up,  give dengan perangai bila rata2 org yang bertudung labuh suka berpuak2 dan anggap diri mereka mulia, suci tanpa dosa. 
Aku tahu tak semua yang mcm ni. 
Maaf~



Baru je lepas telefon emak. Rindu, rindu sangat. Lama tak sentuh dan cium tangan emak. Emak cakap ayah kat kedai makan tengok astro. Iye lah kalau nama pun astro mcm2 siaran ada. Tak sempat nak cakap dengan ayah. 
Aku ada cakap dekat emak, suruh mak merasa duit gaji aku buat belanja makan2. Mak cakap simpan ajelah mana tau satu masa nanti aku nak guna. Tapi aku balas yg aku sebenarnya dah agih - agihkn duit aku untuk benda2 tertentu. Timbul rasa kepuasan bila duit titik peluh aku bekerja dirasa family. Aku senyum bahagia, entah tiba2 air mata menitik. Sebak sebab dapat dengar suara emak. Mungkin agak lama aku tak bertanya khabar. 
Malam ni aku rasa puas sebab dapat share masalah aku dengan mak. Dah lama sangat aku pendam. Last2 aku nanges jugak. Mana tak sedihnya kalau tiba2 orang cakap kita itu dan ini padahal kita tak tahu apa2. Sedih. Rasa teruk sangat sampai nk dekat seminggu aku tak larat nak makan nasi. Tengok nasi macam dah takde perasaan.
Masa nak pegi kerja pon rasa tak larat nak bangun dari katil.
Mak cakap jangan sedih2 lagi sbb nanti effect pada kerja. 
Bila mak bagi semangat, baru lah semanga


Kalau sekarang kita pernah tinggalkan kawan, jangan lupa kita bakal ditinggalkan atas alasan yang sama, yang pernah kita buat suatu ketika dahulu. Ingat tu~

Wednesday, February 20, 2013

Letih


Kali ni aku dah putus asa sangat. Ya, give up dengan keadaan kerja ni. Even kali ni bukan salah aku, kalau boleh aku tanak nanges atau bagitau dekat mak ngn ayah aku yg aku susah dekat sini. Yang pasti aku tak akan mengaku salah kalau bukan aku yang buat kesalahan tu.

Ok lah, aku masih boleh terima org yang buat kerja kelam kabut jika nk di bandingkan dengan org yang buat kerja blur2 setiap masa. 


Nak luah banyak2 pun, tangan ni tak larat nak menaip dah.

Sunday, December 16, 2012

December, don't break my heart


Rasa berbelah bahagi bila tak mampu untuk buat keputusan yang tepat. Sekarang KKM dah tawarkan untuk staff baru dari semenanjung untuk bertukar ke semenanjung. Tarikh tutup sampai isnin ni. Tapi yang jadi masalahnya aku dah mula rasa seronok berkerja kat sini dengan persekitaran yang sangat ok, senior yang sangat best banyak membantu & bla bla bla. Even adalah masalah sikit2 yang tak bolah nak dielak. Dengar2 EPW nak dimansuhkan. Panas kot. Tak sure betul atau tak. Khabar angin mungkin. Ish, biarlah. Bagi aku benda tu tak berapa nak penting tapi kerja aku dalam ward tu lagi penting. 

Yang aku takut kalau nanti2 bila aku dah berubah fikiran untuk bertukar ke semenanjung, ambil masa atau susah pulak untuk di approve. 
Sebenarnya aku dah rancang banyak perkara yang nak dibuat kat sini. Macam - macam plan aku dah susun, tapi bila berita ni keluar semuanya jadi kelam kabut. 
Bila roommate cakap nk tukar balik semenanjung rasa macam kehilangan. Aku terus senyap. Rilek lah, macam tak pernah hidup sorang2 pulak. 

Aku dah buat keputusan yang aku nak habiskan kontrak aku kat sini, nak nikmati perjalanan hidup kat sini. Dan aku berharap selama aku jauh dari family, aku jadi matang bukan berperangai macam budak kecil lagi. Kalau boleh aku nak berdiri di kaki sendiri. 

Forgive me, I'm trying my best. 


Friday, November 23, 2012

Genap


Suka sangat tengok hujan yang selalu turun kat sini. Lebat, dah macam 'salji' pulak. Malam pulak bila tengok langit yang gelap ada kapal terbang lalu. Kelip - kelip. 
Tersengih sorang & rasa nak balik kampung halaman cepat - cepat. Tapi memandangkan dah ada tugas dan tanggungjawab, rasa rindu dekat family terpaksa ditahan. Sabar eh!
Sebenarnya tengah cuba pujuk hati tengah malam ni.
Mohon bertahan 4 tahun je~ 

Sebuah 'harapan' yang masih belum pudar walau disiram peluntur.


Sunday, September 30, 2012

September


Bulan ni memang cukup banyak dugaan & cabaran. 
Sampai aku sendiri tak tahu macam mana nk terangkan apa yang terpendam. Bila nak luahkan, aku terdiam. Tak jumpa sepatah kata untuk dikeluarkan.
Akhirnya senyap sendiri.
Apa yang pasti hidup kena diteruskan even ditinggalkan, dilukakan di di di apa lagi?
-

Kadang bila serabut aku suka sangat duduk sorang2 tepi laut. Rasa tenang dengar bunyi ombak & air berkocak. Tengok langit yg bersih. Tak perasan airmata bergenang. Sekarang duduk tepi tingkap pun cukup lah. Tengok pokok2, burung berbunyi. Kalau malam lagi best sbb ada bulan & bintang. Kadang tu perasan jugak langit bergerak.
Eh yeke? Itu time nak hujan kot.
-

Pagi tadi jumpa kawan baik dari sekolah rendah. Dia nk berangkat ke Petaling Jaya. Sebenarnya aku tak suka nak ucapkan selamat tinggal dekat orang yg aku sayang. Rasa kejap aje masa berlalu.
Sepanjang habis study ni asyik berkepit aje, gelak sama2, berkonvoi raya, melepak, amik lesen kereta, shopping, menjahit jubah, dan yg best sempat masakkan spaghetti utk dia.
Maaf, apam polka dot tahun depan ajelah! Huhu.
Nasib baik tak nanges depan dia. Sebak, jgk tapi tahan jelah. Duduk bawah pokok sawit nanti baru boleh nanges.
-

Fuhhh!
Dah2, jgn bersedih lagi.
Chaiyoook!
Betul, hidup ni terlalu singkat utk bersedih.
Aku nak contohi someone tu yg selalu sgt sengih eh senyum 24 jam. Mungkin itu resepi dia hidup bahagia kot.
: )


“When we honestly ask ourselves which person in our lives means the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.”
― Henri J.M. Nouwen, the Road to Daybreak: A Spiritual Journey
Quoted from someone :)


Time to forget everything mess deep inside my brain. 
Yes, you can do it! 
I know my life so complicated but thanks to Allah because I exist in this world.


15 Zulkaedah 1433 H


Wednesday, September 19, 2012

Inbox


"Mak cik nasi lemak, pak cik jual kuih, aunty fish mart"
Tapi yang paling penting laut kan?
Dan sekarang saya penat sangat. 
Kalau boleh saya nak tidur sekejap dan bila bangun nanti saya harap semuanya mimpi sahaja. 

-You were only my once upon a time-

3 Zulkaedah 1344 H


Tuesday, September 11, 2012

Lepas habis belajar


Petang Ahad lepas aku kutip bijik sawit dengan emak. Sambil borak macam2 & ketawa kuat2 dengan emak, tiba - tiba gerimis. Masa kerja nanti mesti dah takde masa nak manje2 dengan emak bawah pokok sawit sambil masukkan bijik sawit dalam guni. Langit ni dh gelap semacam aje. Mula tu memang aku tak endahkan bunyi guruh. Macam nak hujan. Sayang kot bijik sawit yg comel ni tak dikutip. Lama - lama makin lebat pulak hujan turun. Terus aku lari pecut tolak kereta sorong yang penuh dengan bijik sawit, nasib baik tak langgar reban ayam. 

Sejuk. Sambil mengacau ngacau teh halia yang baru aku tambah gula dengan sudu, aku dah ambil keputusan muktamad. Aku dah fikir masak2 dengan keputusan yg aku nak ambil. Ingat nak buat air sangkuik sejuk, tapi nanti mesti takde sapa nak minum. Dah la hujan2 ni.

Memang mcm2 masalah dari minggu aku duduk kampung ni. Serabut. Mula tu kena paksa amik lesen kereta. Masa latihan tu aku tanya kawan aku ok tak masa dia tengok aku bawak kereta. Iyelah first time kot bawak dengan muka tak confident langsung. Asyik kena tegur je dengan cikgu. Boleh kawan aku cakap selagi tayar kereta tu tak terangkat ke atas, so aku bawak kereta tu ok je. Menggeletar lutut habaq ang!

Harap aku tak jadi macam ni.
=.=

Ni kes convo pulak. 
Malas cakap banyak aih. Aku tanak komen apa2 pasai ni. Terguris jiwa & raga. Raga pun ikut terguris sama ka? Abaikan. 

Jeles aku tengok ada kawan yang buat part time kerja. Aku ni dok dalam rumah ibarat katak dalam tempurung dah. Kadang aku terfikir gak daripada aku buat part time sekarang, nanti takde masa pulak nak luangkan dengan family. Baik aku buang  luangkan masa aku dengan dorang. Lagipun tiap2 hari aku memang kena pot pet pot pet dekat adik2 aku. Itu rutin wajib.

Dan sekarang ni KKM cakap penempatan untuk staff nurse tak dibuat lagi. Mungkin pertengahan bulan 10. Haih, jururawat masyarakat & MA dh masuk kerja ni. Ya Rabbi, runsing guwe! 
Kat mana entah aku bakal dicampakkan.

Baju uniform usah cakap. Lagi susah hati ada lah. Janji sebelum raya, tup tup sampai sekarang pun tak siap lagi. Rasa macam nak pakai baju kurung aje masa kerja nanti. Jubah ke? Biar sister terkejot sket. 

Kantoi! Ada orang ngaku rindu aku. 
Haha :D Kasi tabur bedak Johnson setepek kat muka lagi baru tau. Pastu sapu minyak angin banyak2 kat seluruh badan. Gilo kejam aku. Jujur, aku pun rindu ko sebenarnya :) Kat sini bukan ko boleh baca pun. Sebab tu aku boleh ngaku :P

Only memories were left everyday.


25 Syawal 1344 H